Thursday 21 October 2021

SANWA CX-506 multitester repair

Semalam, seseorang telah memberikan saya sebuah multimeter lama berjenama sanwa, model CX-506 dan ianya rosak.

sanwa CX-506

Setelah penutup belakang multimeter saya buka dan periksa dengan menggunakan mata kasar, ianya seperti baru dibeli dan kesemua yang saya tandakan pada gambar di bawah tidak dipasang.

Setelah penutup belakang dibuka...

Multimeter masih gagal berfungsi setelah saya pasangkan fius serta bateri. Setelah papan litarnya saya buka, jelas kelihatan ada kesan letupan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Ada kesan letupan...

Pemeriksaan pada bahagian papan litar mendapati ada dua litar telah putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar putus...

Gambar di bawah pula menunjukkan litar yang putus telah saya sambung kembali namun hanya sebahagian sahaja boleh berfungsi dan bacaan tidak tepat ketika diuji.

Litar putus telah disambung...

Seterusnya saya periksa komponen pada papan litar dan menemui sebiji diod yang dilabel D7 pada papan litar mengalami litar pintas.

Litar pintas pada sebiji diod (L10 B 1A)

Label pada diod pula ialah L10 B 1A. Masalah bacaan tidak tepat selesai setelah diod yang mengalami litar pintas tersebut telah saya gantikan dan ianya boleh digunakan semula.

Tested - ok

Multimeter ini rosak disebabkan tersalah laras ketika digunakan. Berdasarkan kesan letupan yang ada, saya pasti ianya rosak ketika mengukur arus ulang alik (AC).

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.