Sunday 23 June 2019

LG CT-29M30V CRT TV blurry display repair

Semalam saya dirujuk sebuah TV berjenama LG, Model: CT-29M30V dengan masalah gambar kabur seperti anda boleh lihat pada gambar di bawah.

Gambar kabur dan berwarna warni...

Kebiasaannya jika gambar tidak jelas atau kabur adalah disebabkan gambar yang dihasilkan tidak dapat difokuskan pada skrin TV.

Jenama: LG, Model: CT-29M30V

Lebih kurang 95% masalah sedemikian adalah disebabkan kerosakan pada 'picture tube socket' dan terletak pada bahagian belakang 'picture tube' seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Masalah pada 'picture tube socket'...

Picture tube socket

Di pendekkan cerita, saya juga yakin masalahnya pada 'picture tube socket' dan percubaan pertama ialah menukarkannya.

Keluarkan 'picture tube socket' yang rosak

Gantikan dengan yang baru

Setelah 'picture tube socket' tersebut ditukar dan diuji, kini gambar tidak kabur serta gelap lagi dan TV tersebut kini kembali beroperasi seperti biasa.

Tested - OK

Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalam 'picture tube socket' setelah saya buka dan kadang-kadang ianya masih boleh digunakan semula setelah diselengara atau dibersihkan.

Begini keadaan di dalam - socket yang rosak...
Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Hai admin, kalau tv jd warna hitam putih mcm mna ya? Sdh bawa utk repair.. bila cuba connect ke dvd ok je warna tp bila sambung ke astro njoi jd hitam putih semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahu TV jenis apa ye? CRT, Plasma, LCD atau LED?

      Boleh cuba buat 'reset factory setting' pada TV & decoder astro njoi.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.