Friday 10 July 2020

Narutron NEK-16C electric kettle repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah cerek elektrik berjenama Narutron, Model: NEK-16C dengan masalah tidak berfungsi langsung.
Jenama: Narutron
Cerek elektrik ini adalah buatan Malaysia dengan kuasa 1600w dan kapasiti 1.6L.
Model: NEK-16C
Seperti biasa, benda pertama yang saya periksa ialah bahagian yang membekalkan elektrik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah kepada cerek tersebut dan tiada masalah ditemui.
Bahagian yang membekalkan elektrik kepada cerek...
Kemudian saya buka bahagian bawah cerek dan periksa pemanasnya serta 'thermal fuse' dan kedua-duanya juga elok tanpa masalah.
Buka bahagian bawah cerek...
Seterusnya saya buka bahagian pemegangnya untuk memeriksa suis dan mendapati ianya tiada 'continuiety'.
Suis didapati rosak...
Masalah yang saya hadapi kali ini ialah tiada alat ganti yang serupa/sesuai dijumpai di pasaran tempatan.
Buka suis tersebut...
Saya terpaksa buka dan cuba baiki suis tersebut. Gambar di atas dan di bawah menunjukkan keadaan suis setelah saya buka.
Bersihkan bahagian yang bersentuhan...
Sentuhan pada suis tersebut tidak elok dan ada kesan percikan api berlaku sebelum ini. Saya gosok bahagian yang bersentuhan dengan kertas pasir yang halus dan gambar di bawah menunjukkan ianya telah siap saya baiki.
Siap...
Sebelum dipasang kembali kepada cerek, saya periksa dengan menggunakan multimeter dan ianya kini mempunyai 'continiuety'.
Dah ada 'continuiety'...
Setelah siap dipasang, kini ada bacaan rintangan pemanas pada plug 3-pin iaitu 40Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
40Ω
Setelah berpuas hati, saya bekalkan arus elektrik serta uji cerek tersebut dan ianya kini kembali berfungsi seperti biasa.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.