Wednesday 22 July 2020

Hari Sarawak (Sarawak Day)

Pada hari ini dalam tahun 1963, Sarawak telah mencapai kemerdekaan dari jajahan kolonel British dan ianya merupakan hari kemerdekaan untuk Sarawak.
Dalam tahun yang sama, Sarawak, Sabah, Singapura dan Malaya telah bersetuju bergabung untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Dua tahun selepas itu pada 9 Ogos 1965, Singapura telah memilih untuk meninggalkan Persekutuan Malaysia.
Hari Sarawak hanya diistihar sebagai cuti umum di Sarawak pada tahun 2016.

Ramai pakar tidak bersetuju 22/7/1963 merupakan hari kemerdekaan Sarawak. Menurut pakar, hari tersebut merupakan permulaan Sarawak ditakbir oleh rakyat sendiri namun jawatan gabenor masih disandang oleh British, Sir Alexander Waddell.

Menurut pakar lagi, Sarawak hanya mencapai kemerdekaan ketika Tun Openg mengangkat sumpah sebagai gabenor dan perutusan telah dibaca oleh ketua menteri pertama, Stephen Kalong Ningkan.

Namun jika dilihat pada keratan 'Sarawak Government Gazette' di atas yang telah diwartakan 20 May 2016, ianya jelas menyatakan 'Sarawak Independent Day' dan bukannya 'Sarawak Day'.

Selamat menyambut hari Sarawak/hari kemerdekaan Sarawak yang ke-57.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.