Semalam saya dirujuk satu lampu kcemasan (emergency light) dengan masalah tidak menyala bila bekalan elektrik diputuskan.
 |
Lampu kecemasan setelah dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa, semua komponen berkeadaan baik dan cuma bacaan voltan baterinya rendah iaitu kurang daripada 1v (voltan rechargable batteri ialah 1.2v sebiji).
 |
1.2V, 2.0AH |
Jadi saya cuba cas sahaja lampu kecemasan tersebut namun ianya masih
juga gagal dihidupkan apabila bekalan elektrik diputuskan walaupun voltan
bateri telah mencapai 1.2v setiap satu.
 |
cucuk suis dengan pemutar skru baru hidup... |
Pemeriksaan seterusnya mendapati bahawa salah satu suis tidak bersentuh dan apabila saya memasukkan pelaras skru seperti pada gambar di atas, lampu kecemasan terus menyala.
 |
Masalahnya di sini... |
Fungsi suis tersebut ialah untuk memutuskan bekalan elektrik jika lampu kecemasan tidak digunakan atau ketika baru dibeli, Gambar di atas menunjukkan kedudukan suis tersebut. Mari kita buka dan lihat...
 |
Suis tidak bersentuh... |
Gambar di atas menunjukkan bahagian suis yang tidak bersentuh dan gambar di bawah menunjukkan salah satu terminal telah saya keluarkan untuk proses membaiki.
 |
Sebelum (buka salah satu kaki suis) |
Apa yang saya lakukan ialah umpilkan suis tersebut supaya lebih lebar dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
 |
Selepas (umpil dengan pemutar sku) |
Setelah diumpil dan berpuas hati, pasang kembali terminal tersebut dan ianya kini bersentuh seperti anda boleh lihat pada gambar di bawah.
 |
Pasang kembali (suis telah bersentuh) |
Setelah suis tersebut siap dipasang ke kedudukan asalnya dan diuji, kini lampu kecemasan tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
 |
Testing... |
Jika anda ingin membaiki peralatan elektrik, anda kena 'study' dulu fungsi setiap komponennya dan setelah anda faham barulah anda tahu bagaimana memeriksa serta membaikinya.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...