Friday 22 May 2020

POS Laju

Semalam, buat kali pertama sejak PKP dikuatkuasa pada 18/3/2020, saya telah mengunjungi pejabat pos untuk menghantar dekoder astro yang telah dibaiki.

Kini kita boleh melihat orang ramai memakai pelitup muka di mana-mana tempat awam, namun masih juga ada segelintir yang tidak menggunakannya termasuk saya sebelum ini yang sengaja 'test the water'.
Hantar pada 12/05/2020...
Dekoder tersebut telah dihantar dari Trengganu pada 12/05/2020 dan cuma sampai kepada saya di Miri, Sarawak pada sebelah petang 20/05/2020.

Setelah dekoder tersebut dibaiki, saya uji semalaman sehingga pada hari berikutnya tanpa masalah dan dihantar semula kepada pemilik pada tengahari 21/05/2020.

Anda boleh baca di sini jika ingin mengetahui proses membaiki dekoder astro yang saya maksudkan di atas.
Terima pada 20/05/2020...
Sebelum PKP berkuatkuasa, proses penghantaran barangan melalui POS Laju juga memerlukan tempoh selama seminggu dari Semenanjung Malaysia untuk tiba kepada pelanggan di Sarawak.

Sewaktu PKP penerbangam kapal terbang hanya sekali sahaja seminggu dari Semenanjung Malaysia ke Miri, Sarawak dan ianya juga memerlukan masa yang sama untuk sampai.

Jadi, tempoh penghantaran yang lama diperlukan bukan disebabkan oleh kekerapan penerbangan. Di mana silapnya?
Hantar balik pada 21/05/2020...
Selain daripada tempoh yang lama diperlukan, saya juga perasan kos penghantaran juga tidak konsisten untuk benda yang sama.

Ketika dihantar oleh pemilik, kos penghantaran ialah RM21.82 namun ketika saya menghantar balik kepada pemilik, kosnya bertambah menjadi RM22.15.

Saya guna balik pembungkusan yang sama dan saiz serta beratnya juga sama tanpa sebarang perbezaan. Di mana silapnya?
Barang sama tp harga tak sama...
Sebelum ini saya cuma perlu membayar kos penghantaran kira-kira dalam RM18.00 sahaja untuk menghantar benda sama namun kini telah meningkat sehingga RM22.00 iaitu peningkatan melebihi 20%.

Jika tambang penumpang dinaikan, ianya boleh diterima sebab kini perlukan penjarakan sosial dan cuma boleh membawa separuh penumpang. Mungkinkah barangan yang dihantar juga memerlukan penjarakan sosial?

Dalam masa yang sama, harga minyak kini telah menurun dengan begitu drastik. Sebagai contoh, harga minyak RON97 paling tinggi mencecah RM2.80/L dan kini hanya RM1.55/L sahaja.

Kenaikan kos sara hidup itu tidak dapat dielakkan selepas ini. Apa yang pasti selama ini ialah harga barangan akan naik dan tidak pernah turun selain daripada harga barangan kawalan seperti petrol.

Pun begitu, harga barangan  kawalan seperti beras, gula, tepung dan sebagainya tidak pernah turun selepas dinaikkan.

Adakah anda telah bersedia untuk semua ini?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.