Monday 25 May 2020

SHARP Air Purifier repair

Semalam saya telah berjaya membantu seseorang yang tidak dikenali membaiki penapis udara (air purifier) berjenama SHARP secara atas talian di laman sosial.
Varistor 10G471K 6D20K meletup...
Beliau telah membuka penapis udaranya dan mendapati salah satu komponen didapati rosak dengan mata kasar pada PSU (power supply unit) seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Tujuan asal beliau hanya ingin mengetahui nama komponent tersebut dan anda boleh membacanya di sini.

Dalam masa yang sama, beliau juga memberitahu saya bahawa penapis udaranya rosak akibat voltan melonjak terlalu tinggi daripada masalah pendawaiaan pada rumahnya.
Sebelum ini saya juga pernah membaiki kerosakkan peralatan elektrik akibat lonjakan voltan yang tidak stabil dan anda boleh rujuk di sini.
Inilah kebaikan jika anda membeli peralatan elektrik berjenama dan mempunyai ciri-ciri keselamatan tambahan agar ianya boleh di baiki dengan mudah tanpa perlu membeli baru.
Biasanya jika varistor rosak, fius utama juga akan putus dan perlu diganti kedua-duanya.

Jika anda tiada alat ganti varistor tersebut, apa yang anda boleh buat ialah keluarkan varistor yang rosak dari papan litar dan gantikan fius dengan 'rating' yang sama untuk kegunaan senentara.
Pastikan juga anda gantikan varistor dengan 'rating' yang sama agar ianya kekal selamat.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.