Tuesday 19 May 2020

Emas

Emas atau dalam istilah sains dinamakan sebagai aurum (Au) merupakan logam lembut dan mudah dilentur. Ianya berwarna kuning dan sering dikaitkan dengan barang kemas atau perhiasan seperti cincin serta rantai leher.
50% daripada emas di dunia adalah dalam bentuk barang kemas, 40% dalam bentuk pelaburan dan 10% lagi digunakan untuk industri seperti dalam peralatan elektrik pada computer sebab ianya adalah pengalir eletrik yang baik dan tidak mudah menghakis.

Emas juga digunakan dalam industri pergigian seperti membuat gigi palsu kerana daya ikatannya yang baik dengan gigi manusia. Ini amat popular dan boleh dilihat ketika zaman datuk nenek kita suatu ketika dahulu yang mempunyai gigi emas.
Selain daripada perhiasan dan industri, emas juga merupakan salah satu jenis pelaburan yang harus ada pada setiap individu dan keluarga.

Ianya boleh menyelamatkan ekonomi seseorang atau keluarga ketika mengalami masalah kewangan seperti yang berlaku baru-baru ini iaitu ketika pandemik CoVid-19 melanda dunia.
Ramai yang berpusu-pusu ke kedai pajak gadai untuk menjual atau mengadai barang kemas mereka ketika PKP kerana kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan wang segera bagi kelangsungan hidup.

Emas yang digadai boleh ditebus kembali dengan membayar yuran tertentu yang dikenakan oleh kedai pajak gadai setelah kembali bekerja semula.
Nilai emas berubah setiap hari dan secara amnya, nilai emas menokok/bertambah mengikut masa. Anda boleh rujuk nilai emas semasa di sini. Gambar di bawah menunjukkan kenaikan nilai emas mengikut masa.
Hari ini saya nak kongsikan satu memori berkaitan dengan emas yang telah emak/ayah saya ajar kepada saya ketika saya mula bekerja pada tahun 1991.

Ketika saya dilahirkan ke dunia ini, nenek saya telah menghadiahkan satu gelang emas untuk cucunya iaitu saya. Gelang emas tersebut telah emak saya tukarkan kepada rantai emas iaitu seperti pada gambar pertama di atas dan diberikan kepada saya ketika saya mula berkerja di perantauan.

Ketika diberikan kepada saya, bapa saya berpesan bahawa jika mengalami masalah pekerjaan dan tiada wang untuk balik rumah, gadaikan rantai tersebut untuk tambang balik kampung. Ingat pesan bapa 'gadai' dan bukan 'jual', bila dapat kerja baru boleh tebus kembali rantai tersebut semula.
999.9 = 24K
Gambar kedua di atas merupakan rantai emas yang saya beli pada tahun 2014 dengan harga RM160/g. Kini harga emas 999 ialah RM275/g. Jadi, emas adalah satu pelaburan jangka panjang yang amat baik.

Gambar ke-3 pula merupakan hadiah daripada syarikat tempat saya bekerja setelah berkhidmat 10 tahun.
Jongkong emas
Terdapat banyak jenis emas ada di pasaran dan nilai emas yang paling tinggi ialah emas tulen iaitu emas 999 atau 24K (24 karats). Pastikan anda simpan emas 24K untuk pelaburan dan bukan emas lain seperti 18K (75%), 14K (58.5%) atau 10K (41.7%)

Labur dan simpan sebahagian wang anda dalam bentuk emas adalah langkah yang bijak untuk menempuhi masalah kewangan jangka pendek, masa depan atau hari tua anda. Ianya jauh lebih baik daripada menghabiskan wang untuk membeli perlindungan insuran.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.