Thursday, 21 May 2020

DS830NA Astro decoder repair

Pada 12/05/2020 yang lepas, ada seseorang telah menghantar dekoder dari Kuala Ibai, Trengganu kepada saya untuk dibaiki setelah terbaca artikel membaiki dekoder astro saya yang lepas. Anda boleh membaca semua artikel berkaitan dengan dekoder astro di sini.
Adapter elok tapi jam dekoder tidak menyala...
Apabila saya uji dekoder tersebut, ianya langsung tidak dapat dihidupkan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Lampu LED sebelah kiri - ok
Seperti biasa, saya buka dan uji kesemua komponen satu per satu dan gantikan dengan yang baru.
Lampu LED sebelah kanan - hangus
Selain daripada kapasitor yang perlu diganti, sebiji lampu LED sebelah kanan (signal) tidak menyala bila diuji dengan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Kapasitor yang telah diganti...
Komponen yang rosak kali ini ialah:-
  • Sebiji lampu LED (signal)
  • 3 biji kapasitor 470uF, 10v
  • Sebiji kapasitor 470uF, 16v
Kedua-dua LED dah menyala...
Lampu LED yang hangus saya gantikan dengan lampu LED biasa berikutan tiada lampu LED jenis SMD dijual di pasaran dan boleh dilihat seperti pada gambar di atas ketika diuji.
Testing...
Setelah kesemua komponen yang rosak saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini indikator pada hadapan dekoder kembali berfungsi dan menyala seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Pasang kembali dan diuji...
Gambar di atas menunjukkan rupa LED yang telah diganti dan dipasang ke kedudukan asal dalam dekoder.
Testing...
Ini merupakan pengalaman pertama melibatkan kerosakkan lampu LED dan terpaksa membuat sedikit ubahsuai agar kesemua indikator berfungsi.
Tested - ok
Memandangkan dekoder tersebut dihantar jauh dari Trengganu ke Miri, maka saya terpaksa uji dekoder tersebut lebih lama dan tidak dipadam semalaman sehingga pagi ini. Setelah berpuas hati barulah saya bungkus dan pos kembali ke Trengganu.
Standby - Siap
Terima kasih kepada pemilik kerana yakin dan percaya dengan perkhidmatan saya walaupun tak kenal dan sanggup hantar jauh merentasi laut china selatan untuk dibaiki.

3 comments:

  1. Tuan Wong, ada satu pwm ic berlabel sc2608b berdekatan led untuk decoder ini. Boleh saya tahu apa fungsi pwm ic itu di lokasi tersebut? Sebelum saya menukar semua ecap yang rosak saya dapati ic tersebut tersangat panas...macam tak normal. Tapi bila baca datasheet, ic ini ada thermal protection kalau junction temperature melebihi 150c...ini buat saya fikir mungkin ic ini normally run hot.

    Saya tak tahu cara nak test ic tersebut dan ambil keputusan menukar terus (beli di aliexpress). Jadi saya tukar serentak dengan semua ecap yang rosak. Lepas tukar, ic tersebut tidaklah panas macam sebelumnya. Jadi saya tak tahu adakah ic tersebut juga antara punca decoder DS830NA saya tak hidup?
    Apa komen tuan Wong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya juga tidak pasti dan selama saya membaiki dekoder astro, belum pernah lagi saya jumpa pwm tersebut rosak dan perlu ditukar yang melibatkan dekoder tidak menyala.

      Delete
    2. Silap teknik juga haritu. Sepatutnya saya test dulu lepas tukar ecaps dan sebelum tanggalkan ic tersebut.

      Apa-apa pun terima kasih tuan Wong. Masih menimba ilmu dari website tuan Wong terutama sekali berkaitan smps power supply.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.