Saturday 23 May 2020

LED driver repair

Malam tadi ketika saya duduk di ruang tamu menonton drama bertajuk Bukan Gadis Biasa di TV3, tiba-tiba lampu siling menjadi malap (tidak terang).
Lampu LED beserta LED driver setelah dibuka...
Ini merupakan masalah biasa untuk lampu jenis LED dan telah banyak saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
LED driver...
Lampu tersebut saya beli pada tahun 2017 dengan harga RM8.00 sahaja sebiji. Ketika dibeli, penjual memberitau saya bahawa jangka hayatnya ialah 30,000 jam, namun tidak semua peralatan elektrik mempunyai jangka hayat yang sama sebab komponen yang digunakan kadang-kadang mempunyai masalah 'manufacturing defect'.
Setelah penutup dibuka...
Jika lampu LED menjadi malap atau kadang-kadang berkelip-kelip, masalahnya cuma pada LED driver dan mudah dibaiki.

Setelah dibuka dan diperiksa, hanya sebiji kapasitor sahaja yang rosak iaitu bewarna hijau pada gambar di atas dengan nilai 6.8uF, 400v
Kapasitor lama cuma tinggal 19nF
Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, ianya masih boleh digunakan semula.
Testing...
Anda boleh pilih untuk menukar LED driver sahaja jika tidak tahu membaikinya atau menukar terus keseluruhan lampu tersebut.
Siap...
Pastikan anda memilih LED driver yang sesuai dengan lampu anda masing-masing. Anda perlu tahu kuasa lampu anda dalam watt (w).

Lampu yang saya gunakan cuma 9w dan pastikan LED driver yang dibeli berada di dalam julat tersebut.

Julat yang tertera pada LED driver di atas ialah (8 - 18)w dan ianya sesuai untuk lampu 9w sebab berada di dalam julat tersebut.
RM8.00 sahaja satu set (Lampu LED + LED driver)
Pilihan di tangan anda jika mengalami masalah seperti di atas iaitu:-
  1. Gantikan keseluruhan lampu dengan yang baru
  2. Gantikan LED driver sahaja
  3. Baiki LED driver seperti yang saya buat di atas
Komponen yang rosak - 6.8uF, 400v
Ingat, 'economy made easy', buat pilihan dengan bijak...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.