All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Sunday 10 May 2020
Bad Capacitor
Bagaimana kita memastikan kapasitor yang kita periksa itu elok atau sebaliknya? Biasanya apa yang kita lakukan ialah:-
Periksa nilai kapasitan pada kapasitor tersebut dengan menggunakan 'capacitance meter'.
kapasitor yang rosak biasanya kembung pada bahagian belakangnya dan boleh dilihat dengan mata kasar.
Kadang-kadang kapasitor yang kita periksa itu kelihatan elok (tidak kembung) dan nilai kapasitan juga masih sama atau hampir sama dengan nilai yang tertera pada kapsasitor tetapi sebenarnya rosak dan tidak dapat digunakan lagi
Jenis-jenis kapasitor
Klip video di bawah merupakan contoh yang saya maksudkan di atas dan saya alaminya sendiri.
Klip video di atas saya ambil ketika membaiki sebuah penyedut hampagas dan anda boleh membacanya di sini.
Klip video di bawah pula saya ambil ketika membaiki sebuah dekoder ASTRO NJOI dan anda boleh membacanya di sini.
Persamaan pada kedua-dua klip video tersebut ialah:-
Bacaan kapasitan adalah lebih tinggi dari nilai yang tertera pada kapasitor
Bacaan kapasitan berubah-ubah
Tiada kerosakkan yang boleh dilihat dengan mata kasar (biasanya kembung)
Untuk makluman semua, bacaan yang berubah-ubah hanya boleh dilihat jika anda menggunakan multimeter FLUKE 115 sahaja. Jika anda menggunakan multimeter biasa, anda tidak akan menemui senario sedemikian.
Kesimpulannya ialah, jika anda mendapat bacaan kapasitan yang berubah-ubah dengan menggunakan multimeter FLUKE 115, kapasitor tersebut rosak dan harus ditukar.
Multimeter yang baik akan memudahkan kerja mengenalpasti kerosakkan pada peralatan elektrik/elektronik...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.