Sunday 31 May 2020

Noxxa BM315SC multifunctional oven repair

Semalam saya dirujuk sebuah oven berjenama Noxxa, model: BM315SM dengan masalah skrin tak menyala dan butang pada panel tak berfungsi bila ditekan.
Jenama: Noxxa
Jenama Noxxa adalah produk Amway dan ianya buatan China. (Made in P.R.C = Made in People's Republic of China).
Model: BM315SC
Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya ialah:-
  1. Reflector pada skrin LED rosak
  2. 'Tact switch' rosak
Buka dan keluarkan bahagian panel hadapan...
Skrin tidak menyala sebab reflector pada LED rosak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Cara membaiki dan menukar reflector pada skrin LED tersebut boleh dibaca di sini.
Butang pada panel yang tidak berfungsi bila ditekan adalah disebabkan 'tact switch' rosak dan semuanya harus ditukar dengan yang baru.
Tukar semua 'tact switch'...
Setelah kesemua 'tact switch' serta reflector pada skrin LCD saya tukar dan diuji, oven tersebut kembali berfungsi seperti biasa dan masih boleh digunakan semula.
Tested - OK
Selamat mencuba...

8 comments:

  1. Mcm mana nak buka screw berbunga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada pemutar skru yang berbunga tu, ada banyak jual di kedai DIY.

      Delete
  2. Salam tuan. Ade buat video youtibe tak pasal repair breadmaker ni?

    ReplyDelete
  3. Dimana boleh beli lcd display?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya takda jual LCD display saja, kena tukar seketul PCB. Kalau beli di amway, rujuk kepada mereka untuk alat ganti atau baiki.

      Delete
  4. Replies
    1. Ada, kena dapatkannya dari penjual iaitu agen amway.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.