Digital thermostat seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di
sini dan
sini.
 |
Penyambung (connector) tanggal... |
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi digital thermostat dengan masalah penyambung (connector) tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
 |
Buka papan litar... |
Caranya mudah sahaja iaitu buka papan litarnya dan pasang kembali penyambung ke kedudukan asal serta pateri pada bahagian bawah papan litar.
 |
Pateri kembali ke kedudukan asal... |
Hampir kesemua bahagian bawah papan litar pada bahagian penyambung telah retak dan saya pateri kembali kesemuanya seperti boleh dilihat seperti pada gambar di atas.
 |
Siap... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.