Kegiatan berjogging telah dibenarkan ketika PKPB dikuatkuasakan mulai 04/05/2020 yang lepas.
 |
Kasut lama - 2016, Jan 25 (RM39.90) |
Pada hari tersebut (4/5/2020) juga saya dapati yang kasut jogging lama saya telah rosak dan tapaknya telah terkopak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
 |
Kasut baru - 2020, May 16 |
Minggu lepas saya telah berhajat untuk mendapatkan kasut jogging yang baru namun tiada kedai kasut yang dibuka.
 |
Kasut jogging... |
Kedai kasut mulai dibuka pada 12/05/2020 namun saya hanya keluar untuk membeli semalam atas sebab terlalu ramai orang di pasaraya dan perlu berbaris lama dengan SOP baru di semua pasaraya berikutan pandamik CoVid-19.
 |
Kaki ayam - Saiz 40 |
Pemilihan kasut yang bersesuaian amatlah penting untuk aktiviti masing-masing. Sebagai contoh, kasut untuk sukan badminton atau tennis tidak sesuai untuk aktiviti berjogging.
 |
Tested - ok |
Reka bentuk kasut jogging berbeza dengan kasut-kasut lain iaitu mempunyai bahagian tapak yang melengkung pada bahagian hadapan kasut.
 |
Suhu badan di pintu masuk... |
Tujuan tapak melengkung pada bahagian hadapan kasut jogging ialah supaya selesa dan tidak mencederakan bahagian buku lali kaki ketika aktiviti berjogging.
 |
RM45.20 (selepas diskaun) |
Selamat berjogging...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.