Monday 18 May 2020

DEKA ceiling fan

Tidak semua kerosakkan pada kipas angin boleh dibaiki dan hari ini saya kongsikan salah satu contoh kerosakan pada kipas angin yang tidak dapat dibaiki.
Jenama: DEKA
Kipas angin tersebut berjenama DEKA dan bilah kipasnya diperbuat daripada plastik seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan dibawah.
Bilah kipas patah...
Menurut pemilik, bilah kipas tersebut patah ketika beliau sedang tidur dan bernasib baik sebab tidak menyebabkan sebarang kecederaan.
Bahagian bilah kipas yang patah...
Pemilik juga telah merujuk kepada pembekal/penjual dan telah dimaklumkan bahawa tiada alat ganti berikutan telah ditamatkan pengeluarannya.
Bilah kipas diperbuat daripada plastik...
Nasihat saya kepada para pengguna ialah, elak daripada membeli kipas angin siling yang bilah kipasnya diperbuat daripada plastik.

Jika anda memiliki kipas angin sedemikian, sebaik-baiknya tukar sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan menyesal di kemudian hari.

Pastikan peralatan eletrik di rumah anda selamat untuk digunakan.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.