Tuesday 12 May 2020

Tabung Darah

Awal pagi ini saya telah menerima panggilan telefon dari tabung darah hospital Miri untuk membantu mengisi kekurangan bekalan darah.
Tabung darah, Miri
Kali terakhir saya menderma darah ialah pada 15/12/2019 dan secara amnya kekerapan untuk menderma darah ialah setiap 3 bulan.
Tempat letak kereta khas untuk penderma darah
Saya mula menderma darah pada 13/04/2008 dan pernah berhenti menderma sebab komplikasi thyroid pada tahun 2010 sehingga 2014. Kita tidak dibenarkan menderma darah jika tidak sihat atau mempunyai masalah kesihatan.
CoVid-19 declaration
Saya juga pernah bertekad untuk tidak mahu menderma darah lagi selepas mengalami komplikasi thyroid namun kembali menderma semula pada penghujung tahun 2014 dengan kekerapan dua kali setahun sahaja sehingga kini.
70.65kg
Saya diberitahu bahawa tabung darah di Miri kini mengalami kekurangan bekalan darah jenis B dan terpaksa menelefon penderma untuk tampil menderma.
Tekanan darah & nadi
Kini penderma harus mengisi borang khas iaitu borang deklarasi saringan pesakit CoVid-19 seperti boleh dilihat pada gambar ke-3 di atas.
Kerusi 5 bintang
Hari ini merupakan kali pertama saya menderma darah tanpa bius setelah mendapat nasihat yang meyakinkan daripada jururawat yang bertugas.
Cucuk jarum tanpa di bius
Di sini saya ingin kongsikan kepada anda semua bahawa kesakitan dicucuk jarum tanpa bius adalah minima dan jika anda pernah diambil darah untuk ujian darah (blood test) sebelum ini, anda sebenarnya telah dan boleh menghadapinya. Kesakitannya adalah sama dengan ketika dicucuk jarum bius, macam kena gigit nyamuk daa...
450ml
Siap...
Derma 18 kali je...
Setiap tahun tabung darah akan mengalami kekurangan bekalan darah pada bulan ramadhan dan ini merupakan kali pertama pihak tabung darah menelefon saya untuk menderma. Ramai yang takut termasuk saya untuk menderma di hospital ketika pandemik CoVid-19 menular di seluruh dunia. Semua program menderma darah telah dihentikan ketika ini juga turut menyumbang kepada kekurangan bekalan darah di seluruh negara.
Rekod penderma...
Selamat menderma...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.