Wednesday 20 May 2020

Pajak gadai

Sejak PKP dikuatkuasakan pada 18/3/2020 yang lalu, hampir semua aktiviti perniagaan tidak dibenarkan kecuali perniagaan barangan perlu sahaja yang dibenarkan beroperasi.

Ramai juga yang kehilangan mata pencarian serta pekerjaan kerana pandemik CoVid-19 melanda dunia termasuk negara kita.

Majoriti rakyat disuruh duduk di rumah bagi membendung penularan CoVid-19. Kerajaan juga telah memberi bantuan khas sebanyak RM200,000 kepada setiap dewan undangan negeri (DUN) untuk membantu keluarga miskin di DUN masing-masing.

Walaupun banyak bantuan diperkenalkan dan telah diberi sepanjang PKP, PKPD dan PKPB namun ianya tidak mampu menangani masalah rakyat secara menyeluruh. Tidak dapat dinafikan ramai yang memerlukan bantuan namun tercicir.

Ini jelas kelihatan apabila PKPB dikuatkuasakan mulai 4/5/2020, ramai yang telah beratur panjang di kedai pajak gadai seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Ramai ke kedai pajak gadai dan mengadai barangan kemas mereka untuk mendapatkan wang tunai. Mungkin ada sebahagian yang hanya membayar yuran bulanan sahaja bagi mengelak kehilangan barang kemas mereka yang telah digadai mengikut perjanjian masing-masing.

Jika dilihat pada gambar di atas dan di bawah, kadar faedah bulanan yang dikenakan ialah sebanyak 1% dan 1.5% dan ianya hampir sama dengan kadar faedah pinjaman kad kredit.

Untuk pengetahuan semua, konsep pajak gadai hampir sama seperti pinjaman 'ah long' dan tidak keterlaluan jika saya katakan ianya adalah 'ah long yang dilesenkan'.

Jika anda hanya membayar faedah bulanan sahaja setiap bulan, anda akan berhutang seumur hidup dengan mereka.
Nasihat saya kepada semua peminjam ialah, fikir dahulu sebelum membuat pinjaman di kedai pajak gadai. Pastikan anda mampu membayar keseluruhan pinjaman berserta faedah dalam jangkamasa yang tertentu.

Jika anda hanya mampu untuk membayar faedah bulanan sahaja, saya sarankan lebih baik anda jual barangan kemas anda untuk mendapatkan wang tunai tanpa berhutang lagi.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.