Thursday 28 May 2020

CENTON Kingston KS500EP water heater repair

Dua hari yang lepas, sekali lagi saya telah berjaya membantu seseorang yang mengalami masalah 'water heater' berjenama CENTON Kingston, model: KS500EP secara atas talian.
CENTON KS500EP
Menurut pemilik yang berada di Johor, masalahnya ialah kipas tidak berpusing dan hanya berpusing setelah digerakkan dengan sesuatu seperti boleh dibaca melalui perbualan saya dengan beliau pada gambar di bawah.
Pada mulanya saya tersalah faham dan ingkatkan kipas didalamnya yang bermasalah. Jadi, saya nasihat beliau supaya periksa kapasitor kipas sebab biasanya jika kipas berpusing dengan perlahan, masalahnya ialah kerosakkan pada 'running capacitor'.
Setelah penutup dibuka...
Namun setelah saya minta gambar kipas yang beliau maksudkan, rupa-rupanya bukan kipas tetapi pam yang bermasalah seperti telah beliau tunjukkan pada gambar di bawah.
Pam yang tak berpusing...
Jika anda mengalami masalah pam tidak berpusing, benda utama yang harus anda periksa ialah 'carbon brush' pada motornya.
Buka 'carbon brush'...
Setelah beliau buka dan periksa 'carbon brush' pada pam motor tersebut, memang sah 'carbon brush' telah haus dan perlu di ganti seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Kedua-dua 'carbon brush' telah haus...
Memandangkan telah lewat petang dan kedai 'hardware' juga telah tutup, pemilik telah berfikir di luar kotak dengan memasang kembali 'carbon brush' lama secara terbalik untuk kegunaan sementara.
Jadi, jika anda ada masalah 'carbon brush' yang telah haus, anda boleh guna cara di atas untuk kegunaan sementara sehingga alat ganti yang baru tiba untuk ditukar.

Pemilik juga ada memberitahu saya yang 'water heater' tersebut dibeli pada tahun 2016. Maksudnya 'carbon brush' tersebut hanya boleh bertahan 4 tahun sahaja.

Bersedia untuk menukar 'carbon brush' jika anda memiliki jenama dan model 'water heater' seperti ini dan telah atau hampir mencecah 4 tahun digunakan.

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Salam tuan.. Saya guna model yg sama Centon KS500..masalah nye bila saya ON suis, lampu pada Water heater yg berwarna kuning menyala...bila saya tekan button pd water heater,, ia jd tendang di suis utama(blackout)satu rumah... Apa masalah nye tuan jadi mcm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya belum pernah dirujuk water heater seperti ini. Jika blackout bermaksud ada litar pintas. Kena cari punca di mana litar pintas tersebut.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.