Sunday 17 May 2020

Pelitup Muka (Face Mask)

Aktiviti berjogging telah dibenarkan setelah penguatkuasaan PKPB bermula pada 4/5/2020.
Pagi ini, ketika saya melakukan aktiviti berjogging di kawasan perumahan, saya dapati banyak pelitup muka dibuang merata tempat dan gambar-gambar di atas dan di bawah merupakan sebahagian yang dijumpai di laluan saya berjogging.
Ada yang kelihatan baru dibuang dan tak kurang juga ada yang telah lama di buang begitu sahaja dan boleh dilihat di merata kawasan.
Sebelum PKP dikuatkuasakan mulai 18/3/2020, saya melakukan aktiviti berjogging 2 kali seminggu dan seingat saya tiada pelitup muka yang kelihatan di sepanjang laluan berjogging yang sama.
Untuk makluman, jarak laluan berjogging tersebut ialah kira-kira 1300m (1.3km) untuk satu pusingan dan saya menemui 12 pelitup muka di sepanjang laluan tersebut.
Secara puratanya (hitung panjang), kira-kira satu pelitup muka akan ditemui setiap 100m atau 10 pelitup muka setiap kilometer.
Ini merupakan sampah yang hanya wujud ketika dan selepas pandemik CoVid-19 melanda dunia baru-baru ini.
Sebelum pandemik CoVid-19 wujud, saya jarang melihat orang awam menggunakan pelitup muka dan biasanya hanya kelihatan di pusat perubatan seperti klinik dan hospital sahaja dan digunakan oleh petugas perubatan/kesihatan.
Penggunaan pelitup muka kini merupakan salah satu norma baharu yang perlu diamalkan seharian sehingga pandemik CoVid-19 menemui vaksinnya.
Untuk pengetahuan semua, pelitup muka harus dibuang di dalam tong sampah dan bukannya dibuang merata-rata.
Bersama-sama kita menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata termasuk pelitup muka.

Buang pelitup muka di dalam tong sampah yang tertutup.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.