Wednesday 13 April 2022

Pro'sKit MT-2017 multimeter repair

Multimeter ini saya beli pada 11/05/2017 dengan harga RM85.00 untuk kegunaan kerja-kerja harian.

Pro'sKit MT-2017

Multimeter ini sangat baik sebab dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan namun kebelakangan ini masalahnya ialah jarum meter tidak mencecah ke bahagian maksima apabila kedua-dua 'probe' bersentuh untuk membuat 'cabliration' sebelum digunakan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah penutup belakang dibuka...

Saya telah gantikan dua biji bateri AAA serta kedua-dua 'test lead' dan masalahnya tetap sama.

R26 = 6.81Ω (6811)

Setelah dibuka serta diperiksa, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak dan saya dapati sebiji perintang berlabel R26 pada papan litar disambung sebelum ke bahagian jarum multimeter seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Sebelum perintang dikeluarkan - 4.5kΩ

Apabila saya ukur rintangan pada perintang R26, saya dapat bacaan 4.5kΩ seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Selepas perintang dikeluarkan - 12.83Ω

Setelah perintang tersebut saya keluarkan dari papan litar, bacaannya pula ialah 12.83kΩ. Jadi perintang R26 disambung untuk mengurangkan rintangan dari 12.83kΩ ke 4.5kΩ.

Gantikan perintang 6.81kΩ dengan 16kΩ

Oleh yang demikian saya perlu gantikan nilai perintang yang lebih tinggi dari asal iaitu 6.81Ω supaya bacaan rintangan akan berkurangan dan seterunya jarum meter akan naik lebih tinggi lagi. Sebagai percubaan, saya gantikan dengan perintang 16kΩ seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tested - ok

Percaya atau tidak, jarum meter kini boleh mencecah melebihi skala multimeter setelah perintang R26 saya gantikan dengan 16kΩ dan ianya kembali normal seperti sebelumnya.

1.4vdc

Masalah yang timbul selepas itu ialah bacaan voltan tidak tepat setelah perintang tersebut saya gantikan iaitu lebih tinggi dari normal.

Laraskan VR1 untuk calibrate voltan multimeter...

Cara untuk 'calibrate' voltan multimeter ini ialah laraskan VR1 sehingga bacaan voltan kembali normal. Apa yang saya lakukan ialah ambil sebiji bateri AAA dan ukur voltannya menggunakan multimeter digital iaitu 1.4v, lepas itu saya ukur pula pada multimeter ini dan laraskan VR1 sehinga dapat bacaan 1.4v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

1.4vdc

Saya tidak pasti kenapa masalah sedemikian terjadi dan yang pasti multimeter ini masih boleh digunakan semula setelah hanya dengan menggantikan sebiji perintang sahaja seperti di atas.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.