Friday 8 April 2022

Kenapa LED driver murah tidak tahan?

Saya telah banyak kongsikan pengalaman membaiki LED driver dan anda boleh rujuk di sini.

Perbezaan luaran  LED driver...

Hari ini saya kongsikan pula punca kenapa banyak aduan LED driver yang ditukar baharu tidak tahan. Jika kita lihat pada label gambar di atas, output kedua-dua LED driver adalah sama iaitu 4w - 7w namun LED driver asal (sebelah kiri) boleh bertahan kira-kira 2 hingga 3 tahun tetapi LED driver baharu (sebelah kanan) pula hanya bertahan beberapa bulan sahaja.

Perbezaan komponen yang digunakan...

Gambar di atas merupakan perbezaan komponen yang digunakan pada kedua-dua LED driver. Majoriti kerosakkan LED driver ialah pada kapasitor dan LED driver murah menggunakan nilai kapasitan yang rendah merupakan punca kenapa ianya tidak tahan serta cepat rosak. Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Pilih lah barangan berkualiti...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.