Monday 11 April 2022

OMRON JPN1 automatic blood pressure monitor repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah alat mengukur tekanan darah serta denyutan jantung berjenama OMRON model: JPN1 dengan masalah butang start/stop tidak berfungsi bila ditekan.

OMRON JPN1

Ketika saya mengujinya, butang lain semua boleh berfungsi bila ditekan dan hanya butang start/stop sahaja yang tidak berfungsi.

Model: JPN1 (HEM-7200-AP3)

Saya menjangkakan 'tact switch' untuk butang start/stop rosak namun setelah dibuka dan diperiksa, ianya masih elok.

Setelah penutup atas dibuka...

Pemeriksaan teliti pada papan litar mendapati ada 'cold solder joint' di bahagian bawah papan litar butang start/stop seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Cold solder joint pada tact switch...

Apa yang saya lakukan ialah buang pateri asal dan pateri semula keempat-empat terminal pada 'tact switch' butang start/stop.

Tested - ok

Masalah butang tidak berfungsi bila ditekan selesai dan kembali normal setelah 'cold solder joint' pada butang stat/stop telah saya baiki.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.