Saturday, 9 April 2022

Picture tube faulty on CRT

TV ketika mula dicipta hanya menghasilkan warna hitam putih sahaja pada layarnya. Ketika TV warna dicipta, konsepnya digunakan sehingga hari ini iaitu hasil dari gabungan tiga warna asas iaitu merah (red), hijau (green) dan biru (blue) atau singkatanya RGB.

RGB

Sekali sekala saya masih lagi dirujuk TV lama jenis CRT untuk dibaiki dan majoriti masih berjaya dibaiki jika kerosakkannya hanya melibatkan komponen di papan litar.

Magenta

Jika kerosakkan yang melibatkan senapang elektron (picture tube), ianya gagal dibaiki lagi sebab tiada lagi alat ganti di pasaran. Kerosakkan senapang elektron adalah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.

Yellow

Jika layar TV CRT anda memaparkan warna magenta, kuning dan cyan, kebarangkalian sangat tinggi senapang elektron telah rosak.

Cyan

Jika warna magenta pada paparan skrin TV CRT, ianya adalah disebabkan filamen untuk warna hijau pada senapang elektron telah gagal berfungsi. Jika warna kuning terhasil pada skrin TV, filamen untuk warna biru gagal berfungsi. Filamen untuk merah yang gagal berfungsi jika warna cyan terhasil pada skrin TV jenis CRT.

Klip video di atas menerangkan bagaimana TV moden menghasilkan warna pada layar/skrin. Ianya masih lagi menggunakan gabungan ketiga-tiga warna asas iaitu RGB (Red, Green, Blue).

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.