Monday 4 April 2022

DELTA EADP-30LB D AC adapter repair

Hujung minggu lepas saya dirujuk sebuah dekoder astro model DMT880 dengan masalah gagal berfungsi.

DELTA EADP-30LB D

Pemeriksaan awal pada adapater mendapati lampu indikator berwarna hijau tidak menyala dan tiada voltan output.

Fius 3A putus...

Fius dengan nilai 3A pada plug top juga putus namun setelah saya gantikan fius, ianya masih gagal berfungsi.

Kapasitor 68uF, 400v kembung...

Setelah adapter dibuka dan pemeriksaan dengan mata kasar mendapati kapasitor utama kembung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Berkarat & litar putus...

Apabila saya keluarkan papan litar untuk menukarkan kapasitor utama, saya juga dapati salah satu sudut papan litar telah terhakis dan berkarat seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Perintang 622 (6.2kΩ) putus...

Bahagian yang terhakis tersebut merupakan lokasi lampu indikator dan sebiji perintang jenis SMD yang disambung kepadanya dengan label 622 atau 6.2kΩ turut putus.

Gantikan perintang 622 dengan 4.7kΩ

Saya tidak ada bekalan perintang 6.2kΩ dan digantikan dengan sebiji perintang biasa dengan nilai 4.7kΩ sahaja. 

Gantikan kapasitor utama...

Lampu inidikator tersebut disambung kepada bahagian output iaitu 12v dan untuk menurunkan arus elektrik serta voltan supaya lampu indikator tidak terbakar, perintang 1kΩ sudah memadai. Tujuan ianya disambung dengan perintang lebih tinggi iaitu 6.2kΩ ialah supaya malap. Jadi perintang yang saya gunakan 4.7kΩ juga adalah selamat kepada lampu indikator tersebut.

Kapasitor rosak, 95nF sahaja...

Adapter ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kedua-dua komponen yang rosak di atas telah saya gantikan serta diuji.

Tested - ok

Adapter tersebut ialah untuk kegunaan dekoder di bahagian bawah pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.