Sebelum ini saya pernah membaiki 'water heater' seperti ini dan anda boleh membacanya di
sini dan di
sini.
 |
Thermal fuse |
Hari ini saya dirujuk benda yang sama dengan masalah yang sama iaitu tidak panas tetapi kerosakkan yang berbeza.
 |
Thermal fuse putus |
Setelah diperiksa, masalahnya ialah thermal fuse putus dan tiada bacaan bila diukur dengan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
 |
Reset thermal fuse |
Sesuatu yang anda harus tahu ialah thermal fuse tersebut dilengkapi dengan butang reset seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
 |
Setelah di 'reset' dah elok... |
Setelah butang 'reset' tersebut saya tekan dan periksa semula dengan multimeter, ianya kini ada bacaan. Apabila saya bekalkan arus elektrik dan uji 'water heater' tersebut, ianya masih boleh digunakan.
 |
Tested - ok |
Percaya atau tidak, ianya telah dibaiki tanpa menukar sebarang komponen mahupun alat ganti?
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.