Thursday, 9 December 2021

ELBA TF-1211 electric fan repair

Semalam saya dirujuk sebuah kipas angin berjenama ELBA, model: TF-1211 dengan masalah tidak berpusing setelah dibekalkan arus elektrik.

ELBA TF-1211

Menurut pemilik, sehari sebelumnya, ianya masih boleh digunakan namun gagal berfungsi pada hari berikutnya tanpa sebarang simptom.

Made in Malaysia

Pemeriksaan awal pada plug 3-pin mendapati sedikit masalah pada fiusnya yang mempunyai rintangan kira-kira 87Ω apabila di periksa menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

fius pada plug 3-pin...

Setelah fius ditukar dan diuji, kipas tersebut masih juga gagal berpusing. Pemeriksaan keterusan (continuity) pada motor juga elok setelah butang suis ditekan. Kapasitor yang digunakan juga masih elok.

Kapasitor - 1.5uf

Seterusnya saya buka penutup hadapan kipas dan mendapati bilah kipas gagal berpusing sebab bersentuh dengan penutup bahagian hadapan. Apabila saya uji kipas tanpa penutup, ianya boleh berfungsi semula.

Apa yang saya lakukan supaya bilah kipas tidak menyentuh penutup hadapan ialah bengkokkan besi penutup belakang sedikit ke hadapan sehingga bilah kipas tidak bersentuh dengan penutup hadapan apabila dipasang kembali.

Saya berpendapat masalah kipas ini disebabkan pernah terjatuh dan mengakibatkan penutupnya bersentuh dengan bilah kipas.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.