Tuesday, 4 February 2020

Shopee late delivery due to extended CNY holiday at China

Sebelum cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang lepas saya ada membeli beberapa komponen untuk membaiki TV plasma dan sehingga hari ini hanya satu sahaja yang telah dikirim dan selamat sampai.
'extended lunar new year holiday'
Semalam baru saya tahu bahawa penghantaran luar negara (bagi negara China) akan tertunda berikutan lanjutan cuti tahun baharu cina yang mungkin disebabkan wabak 'novel coronavirus' baru-baru ini.
Purchase date: 16/1/2020, Ship out date: 06/02/2020
Gambar-gambar di atas dan di bawah merupakan benda yang saya beli secara atas talian yang masih belum dikirim lagi. Jika diperhatikan betul-betul, penghantaran hanya akan dibuat pada 12/2/2020 jika kita menempah baru-baru ini.
Purchase date: 17/1/2020, Ship out date: 07/02/2020
Benda yang saya tempah sebelum cuti perayaan tahun baharu cina cuma akan dikirim pada 07/02/2020 dan masih belum dikirim lagi...
Purchase date: 17/1/2020, receive date: 01/02/2020
Gambar di atas merupakan satu-satunya tempahan saya yang telah dikirim dan selamat saya terima pada 01/02/2020.
Purchase date: 1/2/2020, Ship out date: 12/02/2020
Gambar di atas dan di bawah merupakan tempahan yang saya buat baru-baru ini dan hanya akan dikirim pada 12/02/2020 walaupun pembayaran dibuat pada 01/02/2020 atau sehari sebelumnya 31/01/2020.
Purchase date: 31/1/2020, Ship out date: 12/02/2020

Jika dilihat dari contoh di atas, seminggu sebelum perayaan tahun baharu cina mereka telah memberhentikan kiriman dan penghantaran hanya akan dibuat dua minggu selepas sambutan tahun baharu cina.
A delay of at least 1 week...

Jadi, selepas ini kena ingat, jangan membuat tempahan atau pembelian atas talian ketika perayaan tahun baharu cina jika melibatkan produk dari China iaitu kira-kira seminggu sebelum perayaan tahun baharu cina dan dua minggu selepas perayaan tahun baharu cina.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.