Sebelum ini saya pernah membaiki ketuhar gelombang mikro (microwave) berjenama LG, Model: MS-192W dan anda boleh membacanya di
sini dan
sini.
 |
Jenama: LG, Model: MS-192W |
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah boleh dihidupkan namun tidak panas. Setelah dibuka, komponen pertama yang didapati rosak ialah 'HV fuse' putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
HV fuse putus... |
Jika 'HV fuse' putus, kita harus cari punyanya iaitu ada litar pintas pada HV diod, HV kapasitor atau magnetron.
 |
Litar pintas pada magnetron... |
Setelah bahagian HV diperiksa, akhirnya saya menjumpai litar pintas di antara terminal sambungan magnetron dan chassis. Jadi magnetron harus ditukar dengan yang baru. Cara-cara untuk mengenalpasti kerosakkan magnetron boleh anda baca di
sini.
 |
Testing... |
Setelah kedua-dua komponen di atas yang rosak saya gantikan dengan yang baru dan diuji, microwave tersebut telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan semula.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.