Saturday 29 February 2020

SAMSUNG PS43E451A2R repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah TV Plasma berjenama SAMSUNG, Model: PS43E451A2R yang menyebabkan suis utama di rumah padam dan gelap seluruh rumah.
Samsung PS43E451A2R
Pemilik memberitahu saya bahawa ada percikan api ketika kali terahir dia cuba menghidupkan TV plasma tersebut.
Ini kes berat... 
Ketika penutup belakangnya saya buka, kelihatan kesemua bahagian berkeadaan elok dan mengikut pengalaman saya selama ini, masalah sebegini semestinya pada PSU (power supplu unit).
Cicak bunuh diri daa...
Setelah PSU dibuka, kelihatan seekor cicak telah kaku melekat pada bahagian bawah papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
sah mati di tempat kejadian...
Bahagian belakang, kepala dan ekor cicak tersebut terkena bahagian voltan tinggi iaitu diantara AC-in dan DC-out. Untuk makluman semua, voltan AC-in ialah 240vac serta voltan DC-out ialah 375vdc dan ianya lebih daripada mencukupi untuk membunuh cicak tersebut serta merta.
Tested - ok
Setelah cicak tersebut saya keluarkan serta bersihkan papan litar, pemeriksaan pada komponen yang berhampiran tidak menjumpai sebarang kerosakkan. Seterusnya saya bekalkan arus elektrik dan tiada lagi litar pintas yang menyebabkan suis utama padam ketika diuji. TV tersebut masih boleh digunakan.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.