Saturday 29 February 2020

SAMSUNG PS43E451A2R repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah TV Plasma berjenama SAMSUNG, Model: PS43E451A2R yang menyebabkan suis utama di rumah padam dan gelap seluruh rumah.
Samsung PS43E451A2R
Pemilik memberitahu saya bahawa ada percikan api ketika kali terahir dia cuba menghidupkan TV plasma tersebut.
Ini kes berat... 
Ketika penutup belakangnya saya buka, kelihatan kesemua bahagian berkeadaan elok dan mengikut pengalaman saya selama ini, masalah sebegini semestinya pada PSU (power supplu unit).
Cicak bunuh diri daa...
Setelah PSU dibuka, kelihatan seekor cicak telah kaku melekat pada bahagian bawah papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
sah mati di tempat kejadian...
Bahagian belakang, kepala dan ekor cicak tersebut terkena bahagian voltan tinggi iaitu diantara AC-in dan DC-out. Untuk makluman semua, voltan AC-in ialah 240vac serta voltan DC-out ialah 375vdc dan ianya lebih daripada mencukupi untuk membunuh cicak tersebut serta merta.
Tested - ok
Setelah cicak tersebut saya keluarkan serta bersihkan papan litar, pemeriksaan pada komponen yang berhampiran tidak menjumpai sebarang kerosakkan. Seterusnya saya bekalkan arus elektrik dan tiada lagi litar pintas yang menyebabkan suis utama padam ketika diuji. TV tersebut masih boleh digunakan.

Selamat mencuba...

Friday 28 February 2020

Fulton Boiler Pump Relay repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebiji relay berjenama Fulton dengan masalah lampu LED berkelip-kelip dan tidak boleh digunakan.
Jenama: Fulton
Relay tersebut ialah untuk kegunaan industri khasnya pada pemanas air (boiler) sebagai suis untuk memadamkan/menghidupkan pemanas, kipas dan sebagainya.
Bahagian yang akan disambung ke papan litar
Sebelum ini saya pernah membaiki relay seperti ini tetapi jenama yang berbeza dan anda boleh membacanya di sini .
Cara pendawaiain...
Setelah dibuka dan diperiksa, hanya sebiji kapasitor perlu diganti berikutan nilainya telah berkurangan melebihi 50% dari nilai asal iaitu 47uF, 25v.
Setelah penutup dibuka...
Komponen yang lain tidak bermasalah dan setelah siap ditukar kapasitor tersebut dan diuji, relay tersebut kini masih boleh digunakan.
Siap
Selamat mencuba...

Thursday 27 February 2020

SHARP microwave oven repair

Ketuhar gelombang mikro (microwave) seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.

SHARP R854AST microwave

Pemilik memberitahu saya bahawa masalahnya ialah ianya boleh dihidupkan namun ada pericikan api apabila digunakan.

Thermal fuse putus...

Jangkaan awal saya ialah masalahnya sama dengan microwave yang lepas iaitu kerosakkan pada 'mica plate' namun setelah diperiksa, tiada kerosakkan pada 'mica plate'.

Magnetron cap rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa, berikut adalah kerosakkannya dan anda boleh melihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah:-

  1. Thermostat putus (KSD210 180)
  2. Magnetron cap rosak
  3. Turntable coupler pecah
  4. Litar pintas pada HV transformer
Turntable coupler pecah...

'Turntable coupler' yang pecah tidak dapat dibaiki dan harus ditukar dengan yang baru.

gantikan 'turntable coupler' yang rosak dengan baru...

Pada mulanya saya tidak tahu HV transformer juga rosak dan hanya diketahui setelah membekalkan arus elektrik serta diuji.

Litar pintas pada HV transformer...

Ketika diuji, transformer tersebut mengeluarkan asap putih dan sangat panas bila disentuh walaupun hanya diuji kira-kira 5 saat sahaja.

Gantikan transformer baru...

Setelah kesemua kerosakkan di atas ditukar dan diuji semula, microwave tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan.

Siap...

Untuk pengetahun semua, microwave tersebut tidak dilengkapi dengan HV fuse.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Wednesday 26 February 2020

ALLEN&HEATH GL2400 dual-function live sound mixer repair

Kemarin saya dirujuk sebuah mixer buatan China berjenama ALLEN&HEATH, Model: GL2400. Anda boleh rujuk spesifikasinya di sini.
ALLEN&HEATH DL2400
Mixer tersebut nampak canggih dan ini merupakan kali ke-2 saya membaiki mixer. Mixer pertama yang telah saya baiki berjenama YAMAHA dan anda boleh membacanya di sini.
PSU (Power supply unit)
Masalah mixer ini ketika dirujuk kepada saya ialah ianya tidak berfungsi langsung walaupun arus elektrik telah dibekalkan dan jangakaan awal saya ialah masalah pada PSU (power supply unit) yang gagal berfungsi.
PSU takda kipas...
Ketika membukanya saya ternampak sesuatu yang jarang kelihatan iaitu wayar bumi (E) menggunakan warna merah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. PSU tersebut juga tidak dilengkapi dengan kipas.
Setelah penutup PSU dibuka...
Setelah PSU dibuka dan diperiksa, saya hanya menjumpai sebiji perintang 470kΩ (kuning/ungu/kuning) yang putus dan dilabelkan sebagai R13 pada papan litar.
Perintang 470kΩ putus...
Dalam masa yang sama saya juga mendapati sebiji IC yang berhampiran tidak mempunyai sebarang nombor rujukan seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Keluarkan perintang yang putus...
Tidak dapat dipastikan sama ada IC tersebut masih elok atau sebaliknya disebabkan tiada nombor rujukan dan pemeriksaan pada kesemua terminalnya tidak menemui sebarang litar pintas.
Gantikan perintang 470kΩ yang baru...
Jadi, saya terpaksa menukar perintang berlabel R13 yang putus dahulu dan menguji PSU tersebut.
Made in China

Sesuatu yang agak menggembirakan saya ialah mixer tersebut kembali berfungsi hanya dengan menukar sebiji perintang 470kΩ sahaja.
Testing...
Terlintas juga difikiran saya jika IC yang berhampiran dengan perintang R13 tersebut rosak, bagaimanakah saya mencari alat gantinya tanpa sebarang nombor rujukan?
Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday 25 February 2020

Tusan Cliff di Pantai Tusan runtuh

Minggu lepas pada 22/02/2016, kita telah digemparkan dengan kehilangan 'Tusan Cliff' yang berbentuk kepala kuda seperti boleh dilihat pada gambar di bawah telah runtuh menyembah bumi.
Gambar diambil pada 13/10/2016
Gambar di bawah merupakan keadaan terkini dari pandangan drone setelah 'Tusan Cliff' runtuh dan gambar tersebut di ambil pada sebelah petang 22/02/2020.
Gambar drone pada 22/02/2020
Selain daripada 'Tusan Cliff' tersebut, pantai Tusan juga terkenal dengan fenomena 'blue tears' dan saya telah menyaksikannya sendiri pada 06/10/2015.
Gambar diambil pada 06/10/2015
Gambar-gambar di atas dan di bawah menunjukkan fenomena 'blue tears' yang telah saya rakam ketika itu dan hanya boleh dilihat di pantai Tusan yang terletak kira-kira 20km dari bandaraya Miri.
Gambar di ambil pada 06/10/2015
Fenomena 'blue tears' di pantai Tusan  biasanya berlaku pada hujung tahun iaitu sekitar bulan oktober/november namun ianya tidak berlaku setiap tahun.
Gambar diambil pada 06/10/2015
Video klip di bawah saya rakam dengan menggunakan kamera DSLR menunjukkan gambaran sebenar 'blue tears' ketika itu (06/10/2015)

Monday 24 February 2020

Star Trac 9-4060-MINTPO sport body trainer repair

Beberapa hari yang lepas saya dipanggil untuk memeriksa sebuah mesin senaman yang dinamakan sebagai 'sport body trainer' berjenama Star Trac, Model: 9-4060-MINTPO.
Jenama: Star Trac
Saya diberitahu masalahnya ialah panel utamanya tidak berfungsi walaupun mesin tersebut telah dikayuh.
Model: 9-4060-MINTPO
Setelah dibuka bahagian mekanikal hadapannya, saya dapati tali sawatnya telah rosak (terbelah dua) dan tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Talisawat tanggal dan rosak
Speksifikasi  tali sawat boleh di lihat pada gambar di bawah iaitu:-
  • Jenama: GATES
  • Panjang: 61 inci (1549.4mm)
  • Lebar: 0.094 inci (2.388mm)
  • Nombor rujukan: Micro-V 610J10
    GATES Micro-V 610J10
Jika anda berhajat untuk membeli tali sawat selain jenama GATES di atas, nombor rujukannya ialah 10PJ 1549.
10PJ 1549 (Tali sawat baru)
Harga tali sawat seperti pada gambar di atas saya beli dengan harga RM120.00.
Pastikan anda ada pemutar skru kontot...
Jika anda berhajat untuk menukarkan tali sawat tersebut sendiri, pastikan anda ada pemutar skru kontot (pendek) seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Siap...
Proses menukar tali sawat tersebut memerlukan masa kira-kira 2 jam untuk disiapkan.
Tested - ok
Cara-cara untuk menukar dan melaras tali sawat tersebut boleh anda tonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Sunday 23 February 2020

LG WF-660 washing machine repair

Sebelum ini saya pernah membaiki mesin basuh seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.
Jenama: LG
Masalah mesin basuh ini ketika dirujuk kepada saya ialah boleh membasuh namun ketika sampai ke bahagian 'spin' untuk membuang air, ianya tidak berfungsi.
Model: WF-660
Mesin basuh tersebut masih mempunyai air di dalamnya ketika dirujuk kepada saya. Setelah saya buang air di dalamnya secara manual dan diuji, ianya boleh 'spin'.
'Drain motor' rosak...
Setelah diperiksa, 'drain motor' didapati rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Buka 'drain motor'...
Apabila 'drain motor' tersebut dibuka dan diuji, masalahnya ialah motor tidak berpusing.
'drain motor' baru & lama..
Cara menguji 'drain motor' tersebut ialah dengan menyambungkan arus elektrik 240vac. Cara penyambungan boleh dilihat pada gambar di bawah.
Cara menguji 'drain motor'...
Ketika saya menguji 'drain motor' tersebut, motornya bergetar namun tidak berpusing dan masalah motor sedemikian tidak dapat dibaiki.
Kunci ketat 'drain motor'...
Setelah saya tukar 'drain motor' yang baru dan diuji, ianya kembali beroperasi seperti biasa semula.
Testing...
Cara menguji 'drain motor' setelah di pasang pada mesin basuh ialah, pilih 'spin' dan tekan butang 'start'. Anda akan melihat 'drain motor' menarik injap (valve) untuk membuang air pada mesin basuh seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan bandingkan perbezaannya dengan gambar diatas.
Tested - ok

Selamat mencuba...