Friday, 12 April 2019

LG 42PX3RV-TA Plasma TV repair

Hari ini saya berpeluang untuk membaiki 2 buah TV plasma berjenama LG, Model: 42PX3RV-TA dengan masalah yang sama iaitu skrin hidup sekejap kemudian padam sendiri. Lepas itu berulang-ulang proses 'on' & 'off' secara automatik.
Jenama: LG Model: 42PX3RV-TA
Saya pernah membaiki masalah TV sebegini sebelum ini dan sebabnya ialah 'power board' gagal menghasilkan voltan yang mencukupi serta berterusan untuk skrin terus menyala.
Banyaknya papan litar yang harus periksa...
Mari kita buka dan periksa apa isi kandungan di dalamnya. Setelah dibuka penutup belakang, banyak kapasitor yang kembung dan boleh dilihat dengan mata kasar pada 'power board'.
Power board
Kalau nak tahu bagaimana rupa kapasitor kembung yang saya maksudkan, sila lihat gambar di atas dan di bawah.
Kapasitor yang kembung...
Untuk makluman, jika anda melihat keadaan kapasitor seperti di atas, jangan gembira dahulu kerana pasti ada kapasitor yang kelihatan elok tetapi ianya telah rosak.
Kapasitor yang telah bocor...
Oleh yang demikian, anda kenalah periksa semua kapasitor dan tukar kesemua yang rosak. Kapasitor rosak yang saya maksudkan termasuk nilai kapasitor yang telah berkurangan melebihi 10%.
Banyak tak kapasitor yang perlu diganti?
Contoh, jika nilai asal kapasitor tersebut ialah 3300uF, 10% daripadanya ialah 330uF. 3300 - 330 = 2970. maksudnya jika kapasitor yang nilainya 3300uF bila diukur cuma dapat bacaan 2970uF atau kurang, anda haruslah menggantikan kapasitor tersebut.
Eh... dah menyala rupanya...
Setelah kesemua kapasitor yang didapati rosak ditukar dan diuji, kini TV tersebut kembali beroperasi dan masalah sebelumnya lenyap terus.
Tested - ok
Jika anda yakin dan ingin mencuba, tukar saja kapasitor yang rosak. Senang bukan?

Kalau tidak yakin, saya ada cadangan. Beli 'power board' baru dan tukar. Jika masih tidak yakin juga berikan kepada saya TV yang rosak tersebut dan anda beli TV yang baru...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.