Hari ini saya kongsikan cara bagaimana melabelkan pelaras suhu pada pemanas elektrik (Stove). Pemanas elektrik yang saya maksudkan berjenama TEKA, Model: E/60 2P dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
|
Jenama: TEKA |
Pemanas elektrik berjenama TEKA pernah saya baiki sebelum ini dan cara-cara memeriksanya, anda boleh baca di
sini.
|
Model: E/60 2P |
Pemilik mengadu bahawa label pada pelaras suhu pemanas elektriknya tidak nampak dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
|
Sebelum... |
Caranya mudah sahaja:-
- Umpilkan kedua-dua tombol pelaras suhu.
- Buang cat hitam dengan menggunakan kertas pasir sehingga bersih.
- Laraskan tombol pelaras suhu dan tandakan satu per satu.
- Sembur cat 'clear' supaya label tersebut tidak tanggal/luntur ketika membersihnya.
- Tunggu sehingga kering dan SIAP.
|
Selepas... |
|
Sembur cat 'clear' supaya tulisan tidak luntur... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.