Baru-baru ini saya dirujuk sebuah motor untuk mengerakkan pagar rumah dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.
ROGER brushless sliding gate motor... |
Motor tersebut berjenama ROGER dan ianya menggunakan motor 'brushless' seperti boleh dilihat pada label gambar di bawah.
ROGER TECHNOLOGY |
Setelah penutup dibuka, apa yang menarik perhatian saya ialah ianya dilengkapi dua biji bateri yang kecil dengan ratingnya 12v, 1.2AH.
Setelah penutup dibuka... |
Pemeriksaan menggunakan multimeter pada bateri mendapati voltannya terlalu rendah dan bacaannya di bawah 1v sahaja.
Bateri 12v, 1.2AH... |
Saya juga menghadapi masalah untuk mendapatkan bateri serupa di pasaran tempatan.
O.165v sahaja... |
Kos yang saya perlukan untuk mendapatkan dua biji bateri dengan membeli di atas talian ialah kira-kira RM100.00 termasuk kos penghantaran.
Buka penutup bateri... |
Sebagai percubaan, saya buka penutup bateri dan mendapati di dalamnya kering kontang. Saya isi air suling (distrilled water) ke dalam bateri.
Isi air suling... |
Bateri yang telah diisi air saya cas menggunakan pengecas sehingga voltannya mencecah 12v. Seterusnya saya pasang kepada motor untuk diuji.
Lampu kuning menyala - charging... |
Untuk pengetahuan semua, bateri yang telah diisi air serta dicas masih
masih boleh digunakan. Masalah motor yang asalnya gagal berfungsi juga
selesai.
Testing - 12.28v |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.