Baru-baru ini saya banyak dirujuk bateri untuk 'power tool' berjenama Milwaukee dengan masalah:-
- Gagal di cas
- Tidak berfungsi
- Lampu indikator berkelip-kelip
Milwaukee M18 (9Ah) |
Masalah bateri ini ketika dirujuk kepada saya ialah, lampu indikator berkelip-kelip apabila butang power pada bateri ditekan.
Setelah penutup dibuka... |
Lampu indikator berkelip-kelip bermaksud bateri tersebut telah 'shut down' dan perlu di reset. Cara reset bateri ini ialah dengan memasangkannya kepada pengecas sahaja dan anda boleh rujuk di sini.
Gantikan bateri rosak... |
Proses reset pada bateri ini tidak berjaya dan lampu indikator masih juga berkelip-kelip. Setelah dibuka dan diperiksa, 3 biji bateri didapati rosak serta tiada bacaan voltan.
Siap... |
Setelah bateri rosak telah diganti, lampu indikator masih berkelip-kelip namun ianya berjaya di reset selepas itu.
Walaupun telah berjaya di reset dan kembali berfungsi, masalah baru yang dihadapi pula ialah:-
- Kadang-kadang tidak dapat dicas
- Cas bateri cepat habis bila digunakan
Pemeriksaan pada setiap bateri mendapati voltannya berbeza seperti boleh ditonton pada klip video di atas.
Cas bateri secara individu... |
Apa yang saya lakukan supaya semua cas baterinya seimbang ialah dengan melakukan pengecasan secara manual satu per satu.
Klip video dibawah adalah bacaan semua sel bateri telah seimbang setelah dicas secara individu.
Bateri ini telah berjaya diselamatkan dan kembali normal setelah ditukar bateri yang rosak serta melakukan pengecasan secara individu sehingga kesemua cas baterinya seimbang.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.