Showing posts sorted by relevance for query blixer 3. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query blixer 3. Sort by date Show all posts

Thursday, 9 May 2019

Robot Coupe Blixer 3 Repair

Bulan lepas saya telah membaiki mata pengisar untuk pengisar berjenama Robot Coupe, Model: Blixer 3 dan anda boleh membacanya di sini.
Jenama: Robot Coupe, Model: Blixer 3
Hari ini giliran pengisarnya pula bermasalah iaitu tidak berfungsi langsung walaupun arus elektrik telah dibekalkan.
Sambungan wayar yang salah...
Benda pertama yang saya periksa ialah plug 3-pin dan sejurus dibuka, sambungan wayar hidup (L) dan neutral (N) telah didapati tersalah sambung seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas. Fius pada plug 3-pin masih elok dan tidak putus.
Setelah penutup bahagian bawah dibuka
Seterusnya saya terpaksa membuka bahagian bawah pengisar tersebut dan memeriksa sambungan wayar dari plug 3-pin ke papan litar utama. Kesemuanya elok dan tiada masalah. Di dalam pengisar tersebut terdapat sekeping dokumen yang memberi gambaran ringkas papan litar tersebut dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Simple diagram of Robot Coupe Blixer 3.
Seterusnya saya memeriksa kapasitor utama yang disambung terus ke motor pengisar dan juga berkeadaan elok.
Banyak najis lipas di dalam pengisar...

Apa yang saya dapati di bahagian dalam pengisar tersebut ialah dipenuhi dengan najis lipas dan baunya juga amat kuat iaitu bau nitrat (NO3) yang banyak terkandung dalam naijs lipas.
Papan litar utama telah dibuka
Saya juga periksa suis utama yang menggunakan 'reed switch' dengan menggunakan magnet dan ianya juga berfungsi dengan sempurna.
Bahagian atas papan litar
Akhir sekali saya memeriksa papan litar utama dan ianya juga dipenuhi dengan najis lipas seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah. Setelah diperiksa menyeluruh, anehnya tiada satu pun komponen yang didapati rosak.
Bahagian bawah papan litar.
Setelah puas belek papan litar tersebut, saya dapati salah satu bahagian papan litar telah mengalami litar pintas akibat daripada najis lipas seperti yang anda boleh lihat dan telah saya tandakan pada gambar di atas. Setelah saya bersihkan bahagian tersebut dan diuji dengan multimeter, tiada lagi litar pintas pada bahagian tersebut.

Percaya atau tidak, bila dibekalkan arus elektrik dan diuji, kini pengisar tersebut boleh dihidupkan dan beroperasi seperti biasa.

Ingat, najis lipas boleh mengakibatkan litar pintas pada papan litar. Jagalah kebersihan peralatan eletronik anda.

Selamat mencuba...


Saturday, 13 April 2019

Robot Coupe Blixer 3 blade repair

Hari ini saya cuba baiki sesuatu yang saya rasa tiada orang dalam dunia ini yang membaikinya. Sebelum itu, berikut merupakan sedikit penerangan tentang benda yang saya akan baiki.

Pengisar berjenama Robot Coupe

Benda yang saya nak baiki ini digunakan oleh pengisar berjenama Robot Coupe, Model: Blixer 3. Masalahnya bukan pada pengisar tersebut...

Model: Blixer 3

Tetapi sebaliknya masalahnya ialah pada pisau pengisar yang enggan berputar walaupun motor pengisar tersebut telah berputar dengan laju...

Pisau pengisar

Setelah di belek pisau pengisar tersebut, rupa-rupanya sesuatu yang menahannya pada rod pengisar telah hancur dan anda boleh lihat seperti pada gambar di bawah. Untuk makluman, harga pisau pengisar tersebut sahaja ialah kira-kira dalam lingkungan RM800.00. Jadi kita harus cuba membaikinya sebelum membuat keputusan untuk membeli yang baru...

bahagian tengah pengisar telah haus...

Dengan yang demikian, saya cuba baiki iaitu dengan membuat penahan yang telah hancur tersebut. Memandangkan bahan yang digunakan untuk memegang mata pisau tersebut diperbuat daripada bahan PVC, maka saya guna paip PVC untuk membuat penahan tersebut. Berikut adalah langkah-langkahnya:-

DIY - guna paip PVC

1. Potong paip PVC bersesuaian dengan saiz yang diperlukan seperti pada gambar di atas.

Gosok dengan kertas pasir sehingga rata...

2. Asah dengan menggunakan kertas pasir sehingga rata permukaan cekung/cembung PVC tersebut.

Asah sehingga bentuk 'D' kelihatan...

3. Mulakan proses mengasah sehingga bentuk 'D' diperolehi...

Ukur dengan rod pengisar agar saiz yang dikehendaki sesuai...

4. Sukat pada rod pengisar untuk menentukan panjang penahan yang diperlukan...

Potong jika terlebih panjang

5. Potong bahagian yang berlebihan...

dah sesuai panjang yang diperlukan

6. Asah lagi dengan kertas pasir sehingga bentuk yang diperlukan sesuai pada rod pengisar...

Gosok lagi...

7. Asah dan asah lagi sehingga pisau pengisar tersebut boleh dimasukkan bersama dengan penahan yang dibuat seperti anda boleh lihat pada gambar di bawah...

Hmmm... dah sama saiz dengan rod pengisar...

8. kalau pisau pengisar masih tidak dapat dimasukkan ke rod pengisar bersama penahan yang ingin dibuat, sambung asah dan asah lagi sehingga puas hati...

Yes, dah boleh dimasukkan...

9. Jika dah sesuai, keluarkan pisau pengisar dari rod pengisar dan bersihkan kesemua yang berkaitan.

Bentuk' D' yang diperlukan...

10. Seterusnya sapu gam PVC pada penahan yang dibuat serta bahagian dalam bekas pisau pengisar.

Sapu gam PVC...

11. Lekatkan penahan tersebut pada bahagian dalam bekas rod pisau pengisar. Tunggu sekurang-kurangnya sehari sehingga gam tersebut betul-betul kering dan kuat. Kemudian barulah uji pisau pengisar tersebut.

Lekatkan di dalam bekas rod pengisar

Keseluruhan proses di atas mengambil masa kira-kira 2 jam dan jika ditambah dengan masa menunggu sehingga gam betul-betul kering, sekurang-kurangnya sehari diperlukan. Berbaloi tak kalau ianya boleh digunakan?

Selamat mencuba, semoga berjaya...

Friday, 21 January 2022

Robot Coupe Blixer 3 D repair

Banyak pengisar seperti ini telah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini dan sini.

Robot Coupe Blicer 3 D

Hari ini saya kongsikan pengalaman baharu membaiki sebuah lagi pengisar serupa dengan masalah gagal berfungsi apabila butang hijau dan hitam ditekan.

Model: Blixer 3 D

Seperti biasa, pemeriksaan awal pada 'plug top' serta kabel elok. Begitu juga dengan pendawaiaan di dalamnya juga elok serta tiada yang longgar atau tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Keluarkan papan litar...

Seterusnya saya buka papan litar dan periksa kesemua komponen yang ada namun tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

Bahagian atas papan litar...

Gambar di bawah pula adalah bahagian bawah papan litar dan sekali pandang ianya kelihatan juga elok.

Bahagian bawah papan litar...

Pemeriksaan dengan teliti mendapati ada satu tompok kesan terbakar pada bahagian bawah papan litar dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Ada kesan hangus dan litar putus...

Apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter, litar yang ada kesan terbakar tersebut tiada keterusan (continuity) dan setelah dibersihkan, ianya sah putus.

Sambung kembali litar yang putus...

Pengisar ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah litar yang putus dengan kesan terbakar tersebut saya sambungkan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Selamat mencuba...

Wednesday, 29 December 2021

Robot Coupe Blixer 3 D repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk beberapa kali mesin pengisar seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

Robot Coupe Blixer 3 S

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi pengisar dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah arus elektrik dibekalkan.

Setelah penutup bawah dibuka...

Pemeriksaan awal pada plug 3-pin serta kabel yang digunakan semuanya elok. Setelah dibuka dan pemeriksaan pada kapasitor serta relay di dalamnya juga masih elok.

Perintang 3.3kΩ putus...

Seterusnya saya periksa komponen pada papan litar dan menemui sebiji perintang yang dilabel 3K3 (3.3kΩ) putus dengan bacaan 'mega ohm' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sepatutnya dapat bacaan 3.3kΩ

Saya juga menghadapi masalah bekalan perintang 3.3kΩ yang serupa dan telah digantikan dengan menggunakan perintang berwarna putih seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

3K3J/5W

Sebelum diuji, saya juga dapati kipasnya longgar seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Apa yang saya buat supaya kipas tidak longgar ialah buka dan lumurkan gam epoxy, lepas itu pasang kembali dan dibiarkan semalaman supaya gam epoxy betul-betul kering.

Siap...

Pengisar ini telah berjaya diselamatkan dan kembali berkhidmat semula setelah kerosakkan yang ditemui di atas dibaiki/ganti.

 Selamat mencuba...

Sunday, 25 August 2019

Robot Coupe Blixer 3 Safety Rod repair

Pengisar seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini & sini.
Robot Coupe Blixer 3
Hari ini saya dirujuk lagi sebuah pengisar tersebut dengan masalah tidak dapat dihidupkan walaupun telah dibekalkan arus elektrik. Setelah diperiksa masalahnya bukan pada pengisar tetapi pada 'safety rod' yang tidak dapat menghidupkan reed switch pada pengisar.
Safety Rod Assy
Masalahnya ialah 'safety rod' tersebut tidak cukup panjang dan magnet pada hujungnya tidak cukup dekat untuk menghidupkan reed switch pada pengisar.
Safety Rod telah dikeluarkan...
Biasanya masalah sedemikian boleh di atasi dengan menukar 'safety rod assy' yang baru. Oleh kerana pemilik meminta supaya dibaiki segera maka saya membuat sedikit ubahsuai pada 'safety rod' tersebut.
Tambah sebiji 'seal' supaya lebih panjang...
Cara mengeluarkan 'safety rod' tersebut anda boleh baca di sini. Hari ini saya cuma tunjukkan cara memanjangkan 'safety rod' tersebut sahaja.

Apa yang anda harus lakukan ialah membuka magnet tersebut daripada 'safety rod' seperti gambar di atas dan tambah/lapiskan sebiji 'seal' dengan ketebalan kira-kira 2mm
Masukkan 'seal' berwarna merah & gam elok-elok...
Kemudian gamkan elok-elok seperti boleh dilihat seperti pada gambar di atas dan setelah gam kering, pasang kembali 'safety rod assy' tersebut ke tempat asalnya.
Siap...
Setelah kesemuanya telah siap dan diuji, pengisar tersebut masih boleh digunakan seperti biasa.
Pasang kembali ke tempat asalnya...
Jika anda tidak yakin dengan ubahsuai di atas, anda terpaksa menunggu 'safety rod assy' yang baru.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday, 9 January 2020

Troubleshooting Robot Coupe Blixer 3

Hari ini saya kongsikan sebuah pengisar (blender) berjenama Robot Coupe dengan masalah ianya menghasilkan 'bau hangus' apabila digunakan.
Robot Coupe Blixer 3
Sebelum saya buka dan periksa, saya uji pengisar tersebut dan anda boleh melihatnya seperti pada video klip di bawah.
Jika pengisar anda mengeluarkan bunyi yang kasar serta kuat seperti video klip di atas, kerosakkannya ialah pada bearing bahagian motor.

Apabila saya buka dan periksa komponen di dalamnya, tiada komponen yang rosak ditemui dan hanya perlu tukar bearing motonya sahaja.
Setelah penutup bawah dibuka...
Jika anda mempunyai peralatan yang lengkap, anda boleh buka dan tukar bearing yang ada pada motornya.

Saya tidak mempunyai peralatan untuk membuka bearing dan saya rujuk kepada pakar untuk menukar beringnya.

Selamat mencuba...

Wednesday, 7 August 2019

Replace Robot Coupe Blixer 3 Safety Rod Assy

Pengisar berjenama Robot Coupe ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Robot Coupe Blixer 3
Masalahnya kali ini ialah safety rod assy telah haus dan magnet di bahagian bawahnya tidak mampu menghidupkan suis keselamatan di dalam pengisar.
Buka 2 biji skru di bawah bekas pengisar
Untuk menukar safety rod assy tersebut, anda cuma perlu membuka dua biji skru pada bahagian bawah bekas pengisar dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas.
Keluarkan pemegang bekas pengisar...
Buka safety rod assy tersebut dari bahagian atas dahulu dengan menekan rod pada bahagian atas dan keluarkannya.
Safety rod assy baru & lama
Ketika memasang safety rod assy yang baru, masukkan dari bahagian bawah dahulu dan diikuti bahagian atas.
Masukkan safety rod assy dari bahagian bawah dahulu
Gambar di atas dan di bawah merupakan cara memasang kembali safety rod assy sebelum dikunci kembali pada bekas pengisar.
Tekan safety road assy dan masukkan bahagian atas

Siap..

Tested - ok
Selamat mencuba...