Saturday, 6 November 2021

Ikan siakap harga kayangan di Pulau Langkawi

Baru-baru ini tular di media sosial sekeluarga pelancong tempatan dikejutkan dengan harga hidangan ikan siakap yang mencecah ribuan ringgit di Langkawi.

1. RM1,196.80 untuk 7.48kg

Gambar-gambar di atas dan di bawah adalah sebahagian gambar yang saya ambil dari laman media sosial dan rata-rata berpandangan ianya adalah harga kayangan.

Hidangan siakap kayangan...

Saya pernah mengunjungi Langkawi pada tahun 2018 dan berdasarkan gambar lokasi yang ditularkan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, saya yakin ianya berada di Kilim geopark forest. 

Seingat saya restaurant terapung tersebut merupakan lokasi makan tengahari setelah dibawa melihat keindahan paya bakau serta burung helang tidak jauh dari situ.

Restaurant terapung...

Gambar bil di bawah pula diviralkan pada hari berikutnya setelah gambar bil pertama di atas tular. Walaupun tulisan berbeza namun saya yakin ianya adalah dari restaurant yang sama sebab nombor bil tidak jauh berbeza iaitu 11469 & 11478. 

Tarikh bil juga pada hari yang sama iaitu 3/11/2021. Tarikh bil pertama di atas sepatutnya juga bulan november dan bukan oktober seperti tertera pada slip bayaran kad kredit.

2. RM846.40 untuk 5.29kg

Harga ikan siakap yang telah dimasak oleh restaurant tersebut ialah RM160/kg. (RM1,196.80 ÷ 7.48kg = RM160/kg).

Pemilik restaurant ada tampil memberi penjelasan yang ikan tersebut bukan untuk dijual tetapi sekadar pameran sahaja. Saya sangsi dengan penjelasan tersebut setelah tularnya bil kedua yang harganya juga RM160/kg (RM846.4 ÷ 5.29kg = RM160/kg).

Jika dilihat pada bil di atas, harga siakap merah pula lebih mahal iaitu RM180/kg (RM305.80/1.699kg = RM180/kg).

Jadi, alasan pemilik yang ikan harga kayangan tersebut hanya untuk pameran adalah tidak berasas sebab siakap merah yang cuma 1.699kg sahaja mencecah RM180/kg.

Begitu juga dengan harga udang A1 (bil pertama) - RM200/kg dan harga udang A (bil ke-2) - RM180/kg.

Satu lagi alasan yang ikan tersebut telah dipelihara 11 tahun juga mengelirukan sebab katanya perniagaan mereka cuma 8 tahun sahaja di situ.

3. RM896.40 untuk 4.98kg

Harga ikan siakap pada bil di atas pula ialah RM180/kg (RM896.40 ÷ 4.98kg = RM180/kg) dan begitu juga dengan harga udang A1 juga RM200/kg.

RM603.20 untuk 3.77kg

Begitu juga dengan bila di atas yang juga RM160/kg (RM603.20 ÷ 3.77kg = RM160).

KILIM GEOFOREST PARK

Ini pandangan pribadi saya setelah melawat Langkawi pada tahun 2018. Harga makanan di Langkawi memang mahal dan saya pernah membayar RM25.00 untuk sepinggan nasi campur (nasi + satu daging + dua jenis sayur). Harga makanan yang paling berpatutan di Langkawi ialah restaurant KFC dan McDonald sebab jelas dicatat pada menu.

Gua buaya

Saya tidak bermaksud memburukkan pusat pelancongan di negara kita tetapi itu adalah hakikat yang saya lalui dan saya yakin serta percaya anda yang pernah melawat Langkawi sebelum ini juga bersetuju dengan saya...

pelihara ikan sangkar di Langkawi...

Setahu saya, ikan empurau adalah ikan termahal yang ada di negara kita dan ianya cuma ada di pulau Borneo, Sarawak.

Ikan empurau...

Cuti-cuti Malaysia...




sumber

Friday, 5 November 2021

Baiki dekoder astro DS830NA auto reboot

Banyak artikel membaiki dekoder astro melibatkan model DS830NA telah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Masalah dekoder model ini yang sering dirujuk kepada saya ialah:-

  1. Indikator tidak menyala
  2. Dekoder reboot sendiri
  3. Indikator tidak memaparkan jam/waktu semasa
  4. Indikator memaparkan huruf/nombor yang tidak lengkap seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah
  5. Gambar video kaku
  6. suara putus-putus
  7. S1 - masalah kad reader
  8. S2 - kad rosak
  9. Alat kawalan jauh rosak
  10. Adapter rosak
  11. Auto update/update error (belum pernah berjaya dibaiki)

Hari ini saya dirujuk sebuah dekoder yang serupa dengan pelbagai masalah iaitu:-

  1. Boleh berfungsi setelah dipadam/sejuk namun 'auto reboot' apabila telah panas selepas 5 hingga 10 minit
  2. Memaparkan huruf/nombor yang pelik-pelik setelah reboot secara manual (on/off power supply)
  3. Video kaku & semua butang tidak berfungsi bila butang pada dekoder ditekan atau menggunakan alat kawalan jauh

Setelah dibuka serta diperiksa, saya dapati bacaan voltan pada kedudukan yang telah saya labelkan pada gambar di atas sedikit rendah dari 1.8v iaitu 1.788v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bacaannya akan menurun lagi apabila dekoder telah panas iaitu boleh mencecah sehingga 1.720v sahaja dan ketika ini lah dekoder akan mulai auto reboot.

Pemeriksaan menyeluruh pada komponennya mendapati 3 biji kapasitor 220uF, 25v rosak dan bacaan kapasitannya jauh berbeza iaitu 111uF, 93.71uF dan 181.8uF sahaja.

Setelah ketiga-tiga kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru serta diuji, kini saya dapat bacaan 1.8v semula seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Bacaan 1.8v juga stabil serta tidak berubah walaupun dekoder telah panas dan masalah 'auto reboot' di atas selesai.

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk masalah dekoder astro yang 'auto reboot' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Untuk pengetahuan serta rujukan semua yang berminat DIY sendiri, anda perlu mengeluarkan setiap kapasitor dari papan litar untuk membuat pemeriksaan. Kadang-kadang hanya sebiji sahaja yang bermasalah dan kadang-kadang semua kapasitor bermasalah dan harus diganti. Kadang-kadang ada juga yang tidak berjaya dibaiki terutamanya yang rosak akibat disambar kilat.

Selamat mencuba...

Thursday, 4 November 2021

Life Fitness A080-92381-0000 driver board repair

Sebelum ini saya pernah membaiki papan litar seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

A80-902381-0000
A080-92381-0000

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
A080-92381-0000

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
A080-92381-0000

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Minggu lepas saya dirujuk sebuah papan litar yang serupa dan pemilik memberitahu saya masalahnya ialah langsung tidak berfungsi.

Kesan percikan api...

Ketika saya membuka papan litar tersebut, saya mendapati ada kesan letupan kelihatan pada bawah papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Bahagian bawah papan litar...

Di atas papan litar pula kelihatan salah satu litar telah juga putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar putus di atas papan litar...

Pemeriksaan pada komponen berdekatan tidak menemui sebarang komponen yang rosak termasuk sebiji 'power integrations' yang berlabel TOP255YN.

Sambung litar yang putus...

Litar yang putus tersebut sebenarnya disambung ke bahagian bawah papan litar dan telah saya sambumg kembali seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Sambungkan bahagian atas ke bahagian bawah papan litar...

Selain daripada litar yang putus di atas, pemeriksaan menyeluruh menemui sebiji rectifier dan fius rosak dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak...

Komponen yang rosak juga adalah sama seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Kiri - rectifier, Kanan - 3.15A fuse

Selamat mencuba...

Wednesday, 3 November 2021

Noxxa BM315SC multifunctional oven repair

Oven ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Noxxa BM315SC oven

Kali ini dia dirujuk semula dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik dan skrin juga tidak menyala.

Papan litar...

Pemeriksaan awal pada fius plug 3-pin masih elok dan seterusnya saya periksa komponen yang ada pada papan litar dan juga tidak menemui sebarang kerosakkan.

Suspek komponen yang rosak...

Dari pengalaman membaiki alat kawalan jauh, salah satu punca skrin tidak menyala serta tidak berfungsi adalah disebabkan kerosakkan resonator atau crystal oscillator dan anda boleh rujuk di sini, sini serta sini.

Ambil alat ganti dari alat kawalan jauh...

Setakat hari ini, saya masih tidak tahu bagaimana cara untuk memeriksa resonator serta crystal oscillator dan cara paling mudah ialah gantikan serta uji satu per satu.

Sambungan bekalan elektrik untuk 'testing'...

Saya pernah kongsikan satu alat untuk mengukur frekuensi crystal oscillator di sini namun ianya tidak berupaya mengukur frekuensi di bawah 4mHz.

Testing...

Untuk makluman semua, pada mulanya saya tukarkan resonator dan ianya juga masih gagal berfungsi. Skrin hanya menyala apabila diuji setelah crystal oscillator saya gantikan dan oven ini telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Crystal oscillator yang rosak - 32.768kHz

Crystal oscillator yang digunakan ialah 32.768kHz dan ianya sama dengan crystal oscillator yang digunakan pada jam quartz.

Selamat mencuba...

Tuesday, 2 November 2021

Panasonic NN-CD997S microwave repair

Sebelum ini saya pernah membaiki ketuhar mikro (microwave) seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.


Hari ini saya dirujuk sebuah lagi ketuhar gelombang mikro serupa dengan masalah boleh dihidupkan namun gagal meneruskan operasi setelah 15 saat serta tidak panas seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Penutup antena magnetron rosak...

Benda pertama yang saya periksa ialah magnetron dan setelah dibuka, penutup antena (magnetron cap) rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan 'magnetron cap' baharu...

Biasanya jika 'magnetron cap' rosak, 'mica waveguide' juga turut rosak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

'mica waveguide' telah diganti...

Setelah kedua-dua kerosakkan di atas diganti dan diuji, microwave ini masih juga berhenti beroperasi setelah 15 saat.

2M261-M1

Seterusnya saya terpaksa guna keadah cuba jaya (trial and error) dengan menukarkan magnetron. Masalah selesai dan klip video di bawah saya rakam ketika diuji dengan magnetron yang baharu.

Komponene rosak yang ditukar...

Selamat mencuba...

Monday, 1 November 2021

TEKA EM/30 2-PT Stainless Steel Stove/Hob repair

Sebelum ini saya pernah baiki dapur elektrik seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Timer rosak...

Hari ini saya kongsikan sebuah lagi dapur elektrik serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Keluarkan timer...

Pemeriksaan dengan menggunakan multimeter mendapati wayar hidup (L) yang melalui timer tidak ada keterusan walaupun timer telah dilaras.

Bahagian bawah timer...

Saya buka bahagian bawah timer dan pemeriksaan dengan mata kasar mendapati sebiji pelaras yang berwarna putih seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah sedikit lebur.

Gantikan suis yang rosak...

Banyak timer sedemikian gagal dibaiki sebab bahagian timer tidak berpusing masih saya simpan dan berjaya menemui sebiji yang elok.

Perbezaan elok & rosak...

Bahagian yang lebur seperti boleh dilihat pada gambar di bawah adalah punca suis gagal bersentuh setelah dilaras.

Suis yang rosak...

Timer ini berjaya saya baiki dan masih boleh digunakan semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Sekiranya timer ini gagal diselengara atau di baiki anda ada dua pilihan untuk menghidupkan dapur elektrik ini iaitu:-

  1. gantikan timer yang baharu (jika ada alat ganti)
  2. abaikan timer dan buat pintasan terus
Siap...

Banyak model dapur elektrik tidak mempunyai timer pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Kelebihan model dapur elektrik yang mempunyai timer ialah ia akan padam keseluruhannya jika masa timer telah tamat dan lebih selamat jika terlupa masakan yang dimasak.

Selamat mencuba...