Wednesday, 8 September 2021

SENSE 002 hair dryer repair

Sebelum ini saya pernah membaiki alat pengering rambut seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

SENSE 002 hair dryer

Minggu lepas saya dirujuk alat pengering yang serupa namun masalahnya berbeza iaitu kurang panas dan lambat mengeringkan rambut.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya telah menemui salah satu wayar telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

wayar putus...

Wayar tersebut putus sebab dihimpit oleh suis. Kemungkinan wayarnya terhimpit ketika dikilangkan dan setelah bertahun-tahun melaraskan suisnya akhirnya wayar putus.

Potong...

Apa yang saya lakukan ialah potong bahagian yang putus serta sambung kembali dan dipateri supaya sambungannya kuat.

Sambung & pateri...

Wayar yang disambung saya balut dengan menggunakan 'wayar tape' supaya tiada kebocoran elektrik yang boleh membahayakan pengguna.

Balut dengan 'wire tape'...

Masalah kurang panas pada alat pengering rambut di atas selesai setelah dengan hanya menyambungkan wayar yang terputus sahaja.

Pasang kembali...

Selamat mencuba...

Tuesday, 7 September 2021

National F-MN403 fan repair

Kipas angin ini adalah hadiah (free gift) ketika saya memasang alat penghawa dingin (1hp) yang juga berjenama National pada tahun 1997 dengan harga RM1,850.00.

National F-MN403

Kipas angin ini pernah saya selengara beberapa tahun lepas dan telah menukarkan 'copper bush' sebab telah haus dan menyebabkan rotor bergesel dengan stator.

Model: F-MN403

Baru-baru ini masalahnya ialah boleh digunakan ketika sejuk namun apabila telah panas ia akan berputar perlahan dan kadang-kadang padam sendiri.

The Breeze Communication - National

Setelah dibuka dan diperiksa, saya mendapati pemegang rotor bahagian belakang kipas berat/melekat apabila dipusing dengan tangan.

Minyak gris pada 'copper bush' belakang kering...

'Copper bush' tersebut telah saya lumurkan minyak gris ketika menukarnya dahulu dan kelihatan sebahagiannya telah kering. Apa yang saya lakukan kali ini ialah titiskan sedikit minyak mesin jahit berjenama SINGER untuk mencairkan gris yang telah kering.

Titiskan minyak mesin jahit (SINGER)...

Percaya atau tidak, masalah kipas berputar perlahan atau padam ketika panas sebelumnya telah selesai dan kipas angin kembali berfungsi semula tanpa masalah.

SINGER - all purpose oil

Sehingga blog ini ditulis, kipas tersebut telah seminggu diselengara serta digunakan setiap hari tanpa masalah lagi. Klip video di bawah saya rakam setelah siap diselengara dan motor bebas berputar.

Untuk pengetahuan semua, kipas angin ini telah bersama saya kira-kira 24 tahun dan setakat ini saya cuma menggantikan 'copper bush' sahaja. Kapasitor yang digunakan ialah jenis seramik dan masih elok walaupun telah puluhan tahun berkhidmat.

Saya hanya menggunakan kelajuan tahap 1 sahaja sepanjang masa dan tahap kelajuan 2 & 3 jarang-jarang digunakan.

Copper bush...

Selamat mencuba...

Monday, 6 September 2021

finder 40.61 PCB/plug-in 240v, 16A, 8 pins relay (40.61.8.240)

Hari ini saya kongsikan pengalaman baharu menyelengara geganti (relay) jenis arus ulang alik (AC) berjenama finder seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

finder 40.61 relay

Geganti ini digunakan pada 'boiler' dan masalahnya ialah kadang-kadang tidak berfungsi dan pemilik memberitahu saya ianya boleh berfungsi semula setelah diketuk.

Buka penutup...

Setelah diperiksa, saya dapati gegelung (coil) masih elok namun bahagian 'contact' ada kesan percikan api dan berwarna hitam seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

'Contact' kotor

Sewaktu zaman kanak-kanak, saya pernah melihat ayah saya menyelengara geganti pada enjin sangkut (outboard) dan saya gunakan teknik tersebut untuk cuba menyelengara geganti di atas.

Lipat kertas pasir...

Caranya ialah potong kertas pasir dan lipat separuh seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Gunakan kertas pasir yang halus dengan grit 500 atau 1000.

Gosok kertas pasir di antara 'contact'

Lepas itu masukkan kertas pasir yang dilipat ke bahagian 'contact' yang ingin dibersihkan seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan gosok sehingga bersih serta rata.

'Contact' dah bersih...

Tujuan mengosok 'contact' dengan kertas pasir yang dilipat seperti di atas ialah supaya kedua-dua permukaannya sama rata sebab digosok bersama.

Siap...

Anda juga boleh gosok sebelah sahaja seperti boleh ditonton pada klip video di bawah namun hasilnya tidak sebaik seperti di atas.

Untuk pengetahuna semua, geganti di atas telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula. Sekiranya masalah tidak selesai juga, anda perlu menukar geganti yang baharu untuk menyelesaikan masalah.

Selamat mencuba...

Sunday, 5 September 2021

FaKang 3100 hair dryer repair

Semalam saya dirujuk sebuah alat pengering rambut berjenama FaKang, model: 3100 dengan masalah menghasilkan bunyi yang kuat seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Banyak alat pengering rambut yang telah saya baiki selama ini dan ini merupakan julung kali dirujuk dengan masalah sedemikian.

FaKang 3100

Bunyi tersebut terhasil apabila kipas dihidupkan dan bunyinya seperti ada pergeseran pada motor iaitu di antara stator dan armature.

1800w, 220v

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, semua kelihatan elok namun saya ternampak ada rambut yang tersangkut pada kipasnya.

Buka klip kipas...

Untuk membuka kipasnya, sebiji klip harus dibuka dahulu seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Keluarkan kipas...

Setelah kipas dibuka, jelas kelihatan banyak rambut yang tersangkut padanya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Rambut tersangkut pada motor...

Setelah rambut dibersihkan serta diuji, masalah masih sama dan menghasilkan bunyi bising yang kuat seperti sebelumnya.

Buang rambut yang tersangkut...

Seterusnya saya buka motor dan lumurkan gris pada bahagian pemegang motor (copper bush) serta armature seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Lumurkan gris pada armature & copper bush...

Masalah bunyi bising di atas selesai setelah motor diminyakkan dan klip video di bawah saya ambil ketika mengujinya.

Selamat mencuba...

Saturday, 4 September 2021

Fun Kor Seoul Korea hair straightener repair

Semalam saya dirujuk sebuah alat untuk meluruskan rambut buatan Korea dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Fun Kor Seoul Korea hair straightener

Saya tidak pasti apa jenama serta model alat meluruskan rambut ini namun ada tercatat 'design by from Fun Kor Seoul Korea' padanya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Made in Korea

Pemeriksaan pada plug bekalan elektrik (L & N) mendapati tiada keterusan (continuity) dan ini memberitahu saya bekalan elektrik tidak sampai ke papan litar atau mungkin fius putus.

Design by from Fun Kor Seoul Korea

Cara membuka alat melurus rambut ini dengan membuka kedua-dua penutup bulat serta skru seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka penutup & skru...

Setelah dibuka, kelihatan salah satu wayar telah putus pada bahagian penyambung bekalan elektrik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kabel putus...

Masalah telah ditemui dan untuk menyambung kembali wayar yang putus harus dipateri dengan timah menggunakan 'soldering iron'.

Sambung kembali...

Gambar di atas menunjukkan wayar yang putus telah dipateri ke kedudukan asal dan ketika memasang kembali, pastikan wayar disusun elok serta dikunci ketat.

Pasang kembali...

Wayar diatas putus sebab bahagian penyambung di dalam tidak dikunci kuat dan turut berpusing apabila kabel di luar dipusing sewaktu digunakan.

Tested - ok

Alat melurus rambut ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula

Selamat mencuba...

Friday, 3 September 2021

PHILIPS HD4911 induction cooker repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah 'induction cooker' berjenama PHILIPS, model: HD4911 dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila arus elektrik dibekalkan.

PHILIPS HD4911 induction cooker

Pemeriksaan awal mendapati fius 13A pada plug 3-pin  putus dan ini memberitahu kita bahawa ada litar pintas yang serius telah berlaku yang menyebabkannya putus.

Model: HD4911

Saya pernah kongsikan pengalaman membaiki induction cooker sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Tiada kerosakkan yang dirujuk sebelum ini melibatkan fius putus dan pastinya kerosakkan kali ini adalah berbeza.

Setelah penutup atas dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh pada papan litar, komponen-komponen yang rosak ialah seperti telah saya tandakan di bawah iaitu:-

  1. Sebiji 'bridge rectifier' - D20SB80 (20A)
  2. Sebiji IGBT 25N120ND (25A, 1200v)
  3. Sebiji fius pada plug 3-pin (13A)
Komponen yang rosak...

'Induction cooker' ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kesemua komponen yang rosak di atas telah saya gantikan serta diuji.

Siap...

Selamat mencuba...

Thursday, 2 September 2021

K3X U11 Non-contact Infrared Thermometer repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk alat pengimbas suhu (thermometer) untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

KX3 U11 thermometer

Pagi ini saya dirujuk sebuah thermometer yang berbeza iaitu 'non-contact' seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan pemilik memberitahu saya masalahnya ialah tidak mengecas.

Lithium battery - 3.899vdc

Ketika saya mengujinya, ianya tidak dapat dihidupkan namun jika disambung kepada pengecas, ianya boleh berfungsi. Pemeriksaan awal pada bateri lithium masih elok dengan bacaan 3.899vdc seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Terminal negatif (-ve) tanggal...

Setelah dibuka dan diperiksa, wayar yang disambung ke terminal negatif bateri tertanggal seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Siap...

Masalah telah ditemui dan saya cuma perlu sambungkan kembali wayar yang tertanggal dengan pateri semula ke kedudukan asalnya.

Tested - ok

Alat pengimbas suhu ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Wednesday, 1 September 2021

Shopee coin

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana untuk mengelak 'shopee coin' daripada hilang/lesap bila tibanya tamat tempoh (expired).

Print screen - 01/09/2021

Selain mendapat 'coin' ketika membuat pembelian, kita juga boleh mengumpul 'coin' setiap hari dan ianya cuma sah laku untuk 3 bulan sahaja. Maksudnya jika anda mengumpul 10 coin hari ini, 3 bulan akan datang ianya akan tamat tempoh dan lesap jika tidak digunakan.

524 coin expiring on 30/11/2021

Sebenarnya sebahagian 'shopee coin' saya akan tamat tempoh pada 31/08/2021 dan apa yang berlaku semalam ialah, saya telah membeli sesuatu dan 'redeem' kesemua 'coin' yang ada tetapi saya batalkan pembelian selepas itu atas sebab-sebab yang tertentu dan tidak membuat pembelian semula.

Saya tidak perasan ketika membuat pembatalan semalam, tarikh tamat tempoh telah berubah sehingga pagi ini ketika mengumpul 'coin' harian seperti boleh di lihat pada gambar tangkap layar di atas.

Coins expiration...

Jadi, cara untuk mengelak 'coin expiration' ialah dengan menggunakannya sebelum tamat tempoh dan batalkan pembelian selepas itu. Sistem 'shopee coin' akan menggangap anda telah menggumpul 'coin' baharu ketika membuat pembatalan dan 'coin' dikembalikan.

Pembatalan pembelian saya lakukan semalam dan setelah 'coin' dikembalikan, tarikh tamat tempoh kesemua 'coin' saya telah bertukar ke 30/11/2021.

Selamat mencuba...