Power amplifier merupakan komponen yang banyak dipasang pada kereta untuk memenuhi citarasa masing-masing menikmati sistem suara sewaktu memandu.
Intersys ISP-4600 power amplifier |
Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah power amplifier berjenama intersys, model ISP-4600 dengan masalah gagal berfungsi.
Setelah penutup bawah dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya dapati dua biji perintang berlabel R63 & R62 berkarat serta putus salah satu terminalnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Perintang R63 berkarat & putus... |
Jika dilihat pada gambar di atas, kod warna pada perintang ialah coklat, putih & merah atau 1.8kΩ namun setelah diperiksa menggunakan multimeter bacaan yang saya dapat 370Ω sahaja.
370.5Ω |
Jadi warna kod warna pada perintang tersebut ialah oren, perak, coklat atau 380Ω. Warna telah berubah kemungkinan disebabkan haba panas pada perintang sewaktu digunakan.
R62 juga berkarat & putus... |
Memandangkan kedua-dua perintang masih elok & cuma putus satu
terminal, saya sambung kembali bahagian yang putus sahaja seperti boleh dilihat
pada gambar di bawah.
Sambungkan kembali bahagian yang putus... |
Power amplifier masih gagal berfungsi apabila saya uji power amplifier tersebut setelah kedua-dua perintang telah disambung kembali. Apa yang saya perasan ialah kedua-dua perintang tersebut sangat panas bila disentuh dengan jari. Ini bermaksud ada litar pintas berlaku.
Gantikan zener diod 1N4744A yang litar pintas... |
Pemeriksaan seterusnya mendapati litar pintas ialah pada dua biji zener diod berhampiran dengan perintang R62 & R63 dan dilabel Z02 & Z03.
Rating kedua-dua zener diod tersebut ialah 15v, 1w dengan label 1N4744A seperti boleh ditonton pada klip video di atas.
Masalah selesai dan lampu indikator boleh menyala semula setelah kedua-dua zener diod telah saya gantikan.
Voltan pada zener diode 1N4744A - 15.23v |
Klip video di bawah saya rakam sewaktu menguji power amplifier tersebut dan telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.
Selamat berDIY...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.