Baru-baru ini saya telah menukar telefon android dari Redmi Note 11 ke Redmi Note 13 5G atas sebab kena ikut perkembangan semasa bertukar dari 4G ke 5G.
![]() |
Navigation buttons |
Fungsi kedua-dua telefon hampir serupa dan perbezaan utama ialah note 11 hanya menggunakan perkhidmatan 4G sahaja manakala Note 13 pula boleh guna perkhidmatan 5G.
![]() |
Navigation buttons |
Masalah utama yang saya hadapi setelah menukar telefon ialah sering tersalah tekan butang navigasi berikutan kedudukannya berbeza dengan telefon lama seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
1. Pilih setting... |
Gambar tangkap layar berikut ialah langkah-langkah untuk mengubah kedudukan butang navigasi pada telefon android.
![]() |
2. Pilih home screen... |
Semua perubahan dilakukan di dalam 'setting' telefon.
![]() |
3. Pilih system navigation... |
Anda cuma perlu on/off pada 'mirror buttons' sahaja agar memenuhi citarasa penggunaan masing-masing.
![]() |
On/Off - mirror buttons |
Saya memilih 'mirror buttons' dalam keadaan off.
![]() |
On/Off - mirror buttons |
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.