Wednesday 9 October 2024

Fender Champion 20 guitar combo

Baru-baru ini saya telah membeli sebuah amplifier berjenama fender, model champion 20 melalui atas talian di aplikasi shopee.

Fender Champion 20

Harga semasa ialah RM699 namun harga promosi setelah diskaun yang saya dapat ialah RM614.38 termasuk kos penghantaran.

Made in China

Sesuatu yang mengejutkan saya apabila menerima amplifier tersebut ialah tarikh diperbuat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu disember 2021 (barang lama).

Barang lama - Dec 2021

Setelah diuji, ianya berfungsi dengan baik seperti yang saya jangkakan namun apa yang menyedihkan ialah bunyi 'pop' yang sangat kuat terhasil setiap kali suis dimatikan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Menurut penjual, ianya adalah normal kepada semua amplifier jenis 'solid state' yang ada dijualnya termasuk jenama lain.

Tambah suis untuk speaker...

Untuk pengetahuan semua, bunyi 'pop' ini boleh merosakkan speaker dan cara mangatasinya ialah:-

  1. Tambah suis ke bahagian speaker. Padamkan suis ke speaker dahulu sebelum memadamkan suis utama.
  2. Tambah 'speaker protection relay' ke bahagian output amplifier sebelum disambung ke speaker.

Memandangkan amplifier ini baru dibeli dan diberi 'warranty' setahun, saya cuma tambahkan suis ke speaker sahaja. Ini berikutan jika saya berhajat menambah 'speaker protection relay', saya perlu buka amplifier dan 'warranty' akan terbatal.

Untuk pengetahuan semua, speaker amplifier ini juga tidak dilabel spesifikasinya dan jika rosak, apakah 'rating' speaker yang perlu diganti?

Rintangan 'voice coil' speaker ini ialah kira-kira 7Ω seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Kemungkinan besar rating speaker yang digunakan ialah 8Ω/20W.

Klip video di atas saya rakam sewaktu mengujinya setelah dilengkapi dengan suis tambahan dan tiada lagi bunyi 'pop' lagi terhasil sewaktu on/off amplifier tersebut.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.