Sunday 6 October 2024

Tanah mendap

Kejadian tanah mendap pada pagar belakang rumah saya telah berlaku beberapa kali sehingga simen bahagian bawahnya patah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pagar belakang rumah rosak akibat tanah mendap...

Selama ini saya cuma menambak semula tanah yang mendap sahaja beberapa kali tanpa mencari punca kenapa ianya berlaku.

Air kumbahan dari tangki septik...

Baru-baru ini saya dapati tanah mendap tersebut berpunca akibat kebocoran air paip kumbahan dari tangki septik seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Pandangan dari luar (Paip air kumbahan)

Paip air kumbahan menitis pada bahagian dalam perkarangan belakang rumah saya seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Aliran air kumbahan tersebut tepat berada di bawah pagar belakang rumah saya dan ianya telah menyebabkan tanah mendap terutamanya musim hujan sebab air hujan juga akan meresap ke dalam tanah serta membawa tanah keluar melaluinya.

Panaskan dan buat acuan sambungan...

Bagi membetulkan keadaan, saya telah sambung paip air kumbahan tersebut sehingga ke dalam parit besar.

Saiz paip yang digunakan ialah 110mm jenis UPVC dan cara untuk membuat acuan sambungan ialah dengan memanaskannya sehingga lembut dan sambungkannya semula seperti telah saya tunjukkan pada klip video di atas.

Acuan sambungan siap...

Gambar di bawah menunjukkan paip air kumbahan telah saya sambung sehingga ke dalam parit besar.

Sambungkan paip air kumbahan...

Bahagian tepi paip harus ditutup dengan simen agar tanah tidak terhakis dibawa air hujan yang meresap kedalam tanah serta keluar melaluinya.

Tutup bahagian tepi dengan simen...

Klip video di bawah saya rakam setelah paip air kumbahan telah siap disambung serta disimen. Semoga tiada lagi tanah mendap berulang dan kerja seterusnya ialah membaiki pagar yang turut rosak.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.