Monday, 22 June 2020

PHILIPS HD4680 electric kettle repair

Sebelum ini saya pernah membaiki cerek eletrik seperti ini dan anda boleh membacanya di sini dan di sini.
Ada kesan hitam - ada percikan api berlaku...
Pemilik memberitahu saya bahawa seluruh bekalan elektrik di rumahnya terputus setelah kali terakhir dia ingin memasak air menggunakan cerek elektrik tersebut. Setelah pemeriksaan dibuat akhirnya saya menemui litar pintas pada bahagian bawah tapak cerek yang membekalkan arus elektrik seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Potong wayar & sambung elok-elok...
Dari pemerhatian saya, ianya pernah di baiki oleh seseorang sebelum ini dan pendawaiaannya tidak selamat digunakan disebabkan banyak sambungan dibungkus dengan pita wayar yang berwarna kuning. Cara yang betul untuk pendawaiaan boleh anda baca pada artikel saya yang lepas di sini.

Selepas sambungan siap, pastikan wayar diselit pada bahagian tepinya seperti telah saya tandakan pada gambar di atas supaya tidak terlepas jika ditarik atau tertarik.

Masalah litar pintas sebelum ini berlaku sebab wayar tertanggal bila ditarik/tertarik dan sambungan yang dibuat telah bersentuhan di antara satu dengan yang lain.
Tested - ok
Jika anda ingin membaiki sendiri, pastikan setiap yang dibuka di pasang kembali seperti asal termasuk kedudukan wayarnya demi keselamatan pengguna. Saya yakin kali terakhir sebelum seluruh bekalan elektrik terputus, pastinya ada percikan api atau mungkin letupan kecil berlaku serta menghasilkan kesan hitam seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Rujuk kepada pakar jika anda tiada asas elektrik/elektronik.

Selamat mencuba...

Sunday, 21 June 2020

Hair dryer repair

Semalam saya dirujuk sebuah alat pengering rambut yang tidak diketahui jenamanya dengan kuasa 1800W.
1800W
Pemilik memberitahu saya bahawa ianya tidak berfungsi walaupun telah dibekalkan arus elektrik.
Setelah dibuka...
Fius pada plug 3-pin masih elok ketika saya periksa dan seterusnya saya buka alat pengering tersebut dan mendapati kipasnya terasa berat apabila digerakkan dengan menggunakan tangan.
Masalah biasa - rambut pada kipas...
Ini merupakan masalah utama setiap alat pengering rambut di mana bahagian kipas biasanya akan menjadi berat akibat dibelit rambut pengguna seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Buang rembut yang terbelit pada kipas...
Kemudian saya periksa motor, coil (stator), element pemanas serta suis dan kesemuanya masih elok.
Wayar putus...
Pemeriksaan seterusnya mendapati bahawa tiada 'continuity' pada wayar neutral dan akhirnya membawa kepada penemuan wayar putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Potong wayar pada bahagian yang putus...
Plug 3-pin seperti boleh dilihat pada gambar di atas tidak dapat dibaiki dan harus digantikan dengan yang baru.
Gantikan plug 3-pin yang baru...
Setelah bahagian wayar yang putus saya potong dan gantikan plug 3-pin yang baru serta diuji, ianya telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan semula.
Siap & tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday, 20 June 2020

Sharp Microwave Oven R213CST turntable

Hari ini saya dirujuk sebuah ketuhar gelombang mikro (microwave) dengan masalah piring (turntable) telah pecah dan dibuang.
SHARP R213CST
Jika anda ingin membeli piring yang baru, anda haruslah tahu saiz serta rekabentuk asalnya. Bagaimana menentukan piring yang dibeli itu sesuai dengan gelombang ketuhar mikro anda? Lihat pada bahagian yang mengerakkan piring tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Piring hilang...
Secara amnya, terdapat 2 jenis piring untuk ketuhar gelombang mikro iaitu boleh dilihat seperti pada gambar di bawah. Perbezaannya ialah pada bahagian tengah piring tersebut, dan piring yang saya perlukan ialah sebelah kiri.
Pilih piring yang sesuai...
Seterusnya kita juga harus tahu saiz piringnya. Saiz piring untuk gelombang ketuhar mikro ini ialah 24.5cm.
Testing...
Jika saiz serta rekabentuknya adalah sama, akhir sekali anda juga perlu uji dan pastikan ianya bebas berpusing dan tidak bergesel dengan pintu microwave anda.
Saiz 24.5cm...
Selamat mencuba...

Friday, 19 June 2020

SAMSUNG TV remote control repair

Hari ini saya dirujuk 2 unit alat kawalan jauh (remote control) dengan masalah biasa iaitu tidak berfungsi bila ditekan dan satu lagi dengan masalah nombor 2 tidak berfungsi setelah ditekan.
Jenama: SAMSUNG
Masalah alat kawalan jauh tidak berfungsi bila ditekan sering berlaku akibat kebocoran cecair bateri yang mengalir masuk ke papan litar dan seterusnya mengakibatkan litar pintas. Cara membaikinya ialah dengan membuka dan bersihkan serta keringkannya sahaja.
Setelah di buka...
Kadang-kadang setelah dibersihkan, terdapat nombor tertentu yang tidak berfungsi bila ditekan. Masalah sedemikian adalah disebabkan cecair bateri yang berasid telah merosakkan sambungan pada papan litar.
Ada litar yang putus...
Gambar di atas menunjukkan litar yang telah putus dijumpai pada papan litar alat kawalan jauh dengan masalah nombor 2 tidak berfungsi setelah ditekan.
Litar yang putus telah dibaiki...
Cara membaikinya ialah sambungkan kembali bahagian yang telah putus dengan wayar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Testing...
Majoriti kerosakkan alat kawalan jauh adalah disebabkan oleh kebocoran bateri kerana tidak ditukar untuk jangkamasa yang lama. Bagi mengelak masalah kebocoran bateri, saya syorkan anda agar menukar bateri setiap enam bulan atau sekurang-kurangnya sekali setahun.
Tested - ok
Alat kawalan jauh di atas telah berjaya saya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.
Siap
Selamat mencuba...

Thursday, 18 June 2020

Penipuan atas talian (scammer) - 1800-884-0626

Di zaman yang serba moden ini dengan kecanggihan IT di hujung jari, kita sering mendengar kes penipuan atas talian dilaporkan dan berlaku saban hari.

Hari ini saya kongsikan satu percubaan menipu di atas talian yang berlaku pada saya baru-baru ini.
SMS yang meragukan...
Saya ada menerima satu pesanan ringkas (sms) dari bank mengatakan bahawa sejumlah wang telah dipotong daripada kad untuk pembelian atas talian dan meminta saya menghubungi mereka melalui talian bebas tol seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Kebetulan saya memang ada akaun di bank tersebut (CIMB) iaitu akaun simpanan dan juga pernah memiliki kad kredit namun telah lama tidak dapat digunakan dan anda boleh membacanya di sini.

Saya juga tidak mempunyai kad ATM untuk akaun simpanan saya di bank tersebut.
invalid number -18008840626
Jadi, saya pun telefon nombor bebas tol yang diberikan itu dengan tujuan untuk menafikan transaksi tersebut. Saya mulai panik apabila mendapati nombor yang saya dail itu tiada dalam perkhidmatan.
Ramai yang dapat sms yang sama...
Kemudian rakan saya juga ada menerima sms yang 100% sama seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan perbezaannya dengan sms yang saya terima ialah nombor telefon si penghantar.

Sebelum ini saya juga pernah membeli atas talian di SHOPEE dan untuk mengesahkan pembelian, pihak bank akan menghantar sms kepada kita seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Nombor OTP (one time password) harus dimasukkan ketika membuat pengesahan pembelian.
OTP = One-Time-Password
Jika dibandingkan sms dari pihak bank dengan sms 'scammer' di atas, perbezaannya ialah:-
  1. Pihak bank tidak menggunakan telefon bimbit untuk menghantar sms kepada kita.
  2. Pihak bank tidak menyuruh kita menelefon kepada mereka.
  3. sms dari pihak bank meminta kita membuat pengesahan dengan memberi nombor OTP untuk mengesahkan pembelian atas talian dan bukannya terus memotong wang dari akaun kita.
Jika anda ada menerima sms seperti pada gambar pertama di atas, jangan layan sebab ia bukan dari pihak bank tetapi dari sindiket penipuan.

Sekian, harap maklum...

Wednesday, 17 June 2020

DVR overheating repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah DVR yang tidak diketahui jenama serta model seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
DVR
Pemilik memberitahu saya bahawa DVR tersebut selalu panas melampau (overheat) dan berhenti berfungsi namun bila telah sejuk, ianya masih boleh digunakan.
Setelah penutup dibuka...
Ketika saya uji DVR tersebut, saya dapati kipasnya boleh berpusing namun agak perlahan. Apabila saya cuba pusing kipas menggunakan jari, saya dapati ianya agak berat.
Kipas tak mahu berpusing...
Jadi saya buka kipas tersebut serta periksa dan mendapati bahawa masalah kipas adalah disebabkan habuk melekat pada bahagian yang berpusing menyebabkan ianya susah berpusing.
Bahagian bawah kipas...
Sebelum saya gantikan kipas dengan yang baru, saya cuba baikinya dan apa yang saya lakukan ialah buka kipas tersebut dari papan litar. Kemudian buka pelekat pada bahagian bawah kipas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Buka pelekatnya...
Saya sembur WD40 dan pusngkan bilah kipas dengan jari dan mendapati kipasnya mulai bergerak dengan bebas seperti biasa.
simpan minyak gris...
Sebelum saya menutup pelekat kembali, saya lumurkan sedikit minyak gris agar kipas boleh berputar dengan lebih lancar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Dah boleh berpusing kembali...
Apabila diuji, ternyata kipas telah berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi seperti biasa.
Tukar semua kapasitor...
Dalam masa yang sama saya dapati banyak kapasitor 1000uF, 25v yang kembung dan harus diganti. Memandangkan sebelum ini DVR tersebut mengalami masalah 'overheating', saya jangkakan kesemuanya rosak dan saya tukarkan dengan yang baru.

Gambar di bawah menunjukkan kesemua kipas kembali berfungsi dan kesemua kapasitor yang asalnya berwarnan biru kini menjadi warna hitam sebab telah ditukar dengan yang baru.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Tuesday, 16 June 2020

SAMSUNG WA88B5 washing machine repair

Sebelum ini saya pernah baiki mesin basuh yang serupa dan anda boleh membacanya di sini.
SAMSUNG WA88B5
Masalah kali ini juga sama seperti mesin basuh yang lepas iaitu tidak dapat dihidupkan langsung setelah dibekalkan arus eletrik.
PCB
Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya juga sama iaitu transformernya rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Bahagian bawah PCB
Kerosakkan transformer tersebut ialah putus gegelung primary (primary winding) ketika diperiksa dengan multimeter.
Keluarkan transformer yang rosak...
Untuk pengetahuan semua, voltan transformer yang digunakan ialah 12v dan telah saya gantikan dengan yang baru seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Gantikan transformer yang baru...
Setelah transformer tersebut digantikan dengan yang baru dan diuji, kali ini ianya kembali beroperasi seperti biasa tanpa sebarang masalah.
Testing...
Nasib lebih baik kali ini sebab kesemua fungsinya (function) boleh digunakan dan tidak perlu menukar papan litar yang baru.
Testing...
Jika penutup mesin basuh tidak ditutup dan diuji, anda akan mendapat 'error code' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu dE.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Monday, 15 June 2020

Moulinex La Moulinette D56 repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki mesin pengisar buatan Perancis (France), Moulinex La Moulinette, model: D56.
Jenama: Moulinex La Moulinette
Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah tidak berpusing walaupun arus eletrik telah dibekalkan.
Model: D56
Sebelum dibuka, saya uji pengisar tersebut dan ianya ada sedikit gegaran pada motor namun tidak berpusing setelah suis berwarna hijau ditekan.
Setelah penutup bawah dibuka...
Ujian yang saya lakukan di atas memberitahu saya bahawa motor pengisar tidak rosak dan cuma tidak berpusing sahaja.
Ada 'thermal fuse'...
Motor juga tidak berpusing bila saya cuba putar dengan tangan. Apabila saya keluarkan penutup serta mangkuk pengisar di bahagian atasnya, saya dapati ada banyak serbuk besi yang berkarat dijumpai.
Buka motor dan keluarkan armature...
Setelah saya buka motornya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan dibawah, armature motor melekat dan tidak dapat dipusing dengan tangan.
Buang karat guna WD40...
Masalahnya ialah disebabkan berkarat pada bahagian atas pemegang armature dan saya terpaksa menggunakan WD40 untuk membuang karat tersebut sehingga armature motor boleh bebas bergerak.
Cantum kembali motor semula...
Tiada bahagian elektrik/elektronik yang didapati rosak melainkan karat yang telah saya nyatakan di atas dan setelah dipasang kembali serta diuji, ianya kini kembali berfungsi seperti biasa dan boleh dilihat pada klip video pada penghujung blog ini.
Siap & tested - ok
Selamat mencuba...