Salah satu bahagian pada ketuhar gelombang mikro (microwave) yang sering rosak ialah 'triangle rotating ring/turntable coupler' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Microwave triangle rotating ring (LG)
Sebelum ini saya pernah kongsikan kerosakkan pada 'triangle rotating ring/turntable coupler' untuk microwave berjenama SHARP/LG dan anda boleh rujuk di sini dan sini.
Pecah...
Masalah yang sering dialami jika 'turntable coupler/trangle rotating ring' rosak/pecah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah ialah piring tidak berpusing dan harus diganti dengan yang baharu.
Sapu 'super glue'...
Sekiranya bahagian yang pecah tidak hilang, saya pernah gam kembali dengan menggunakan 'super glue' untuk kegunaan sementara.
Sebelum ini saya pernah dirujuk sebuah pengisar yang hampir serupa sebegini tetapi model yang berbeza dan anda boleh rujuk di sini.
Moulinex type 643
Masalahnya sama dengan pengisar yang lepas iaitu ada gegaran apabila dibekalkan arus elektrik namun motor tidak berpusing.
Setelah dibuka...
Motor juga gagal berpusing apabila saya cuba pulas dengan jari. Motor yang elok seharusnya boleh berpusing apabila dipulas.
Pengandar motor & 'copper bush' melekat...
Setelah dibuka, masalah kali ini lebih teruk berbanding dengan pengisar yang lepas seperti boleh pada gambar di atas.
Buka 'E type circlip'...
Pengandar motor dan 'copper bush' melekat bersama sebab berkarat. Cara untuk membaikinya ialah buka dan dibersihkan semua bahagian yang berkarat.
Pengandar motor berkarat...
Saya gosok pengandar armatur dengan kertas pasir sehingga bersih seperti boleh dilihat pada gamabr di bawah.
Karat telah dibersihkan...
Selain pengandar armatur, bahagian dalam 'copper bush' juga perlu dibersihkan dengan cara yang sama iaitu mengosok menggunakan kertas pasir.
Bahagian dalam 'copper bush' juga perlu dibersihkan...
Sebelum dipasang kembali, lumurkan minyak pelincir atau gris pada bahagian pengandar armature serta 'copper bush'.
Siap...
Pengisar ini berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula dengan membersihkan sahaja bahagian yang berkarat seperti telah saya tunjukkan di atas.
Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki penyedut hampagas (vacuum cleaner) dengan cara 'old school'.
Karcher T15/1
Pemilik cuma memberitahu saya ianya tidak berfungsi sahaja dan pemeriksaan awal pada plug 3-pin serta kabel masih elok.
Seterusnya saya buka penutup bahagian atas dan mendapati ianya boleh berfungsi apabila telah diketuk seperti boleh dilihat pada klip video di atas.
Lokasi 'carbon brush'...
Cara 'troubleshooting' dengan mengetuk saya panggil 'old school' sebab banyak peralatan elektrik kembali berfungsi apabila telah ditampar terutamanya radio serta TV di zaman 80an sebab masalah 'cold solder joint' pada papan litar.
'Carbon brush' telah habis...
Penyedut hampagas ini tidak mempunyai papan litar dan ianya tiada kaitan dengan 'cold solder joint'. Masalah sedemikian adalah disebabkan 'carbon brush' telah pendek dan tidak menyentuh armature.
Gantikan dengan 'carbon brush' baharu...
'Carbon brush' cuma akan menyentuh armature ketika diketuk/tampar dan berfungsi sekejap. Masalah akan berfungsi setelah diketuk selesai setelah 'carbon brush' telah saya gantikan dengan yang baharu.
Siap...
Jika anda ada masalah penyedut hampagas yang tidak berfungsi, anda boleh lah gunakan cara ketuk/tampar bagi mengetahui punca masalah seperti telah saya kongsikan di atas.
Banyak thermostat digital seperti ini pernah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.
Jenama: TOTALINE
Kali ini saya kongsikan kerosakkan yang lebih serius pula seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Kesan meletup di bawah papan litar...
Saya dirujuk dua buah thermostat digital dengan masalah yang sama iaitu ada kesan letupan pada bahagian bawah papan litar.
Sambung litar yang putus...
Setelah dibersihkan serta diperiksa, nasib agak baik iaitu hanya satu litar sahaja yang putus dan telah saya sambung kembali seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Testing...
Apabila diuji, thermostat digital ini boleh dihidupkan namun ada lagi masalah iaitu bekalan elektrik sentiasa ada pada bahagian kipas yang dilabel nombor 3 (high) walaupun telah dipadam (tekan butang power).
Gantikan relay yang rosak...
Pemeriksaan semula mendapati sebiji geganti (relay) rosak serta mengalami litar pintas seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
Litar pintas pada relay yang rosak...
Kedua-dua thermostat digital ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah litar yang putus disambung kembali serta geganti yang rosak telah ditukar.
Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'solar power controller' berjenama SOLAR AFRICA seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
SOLAR AFRICA
Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah tidak mengecas bateri dan lampu berwarna hijau tidak menyala.
Bahagian bawah papan litar...
Setelah dibuka dan diperiksa, saya menemui beberapa komponen rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu:-
Sebiji LED berwarna hijau
sebiji kapasitor 10uF, 50v
2 biji kapasitor seramik 104 (100nf)
Komponen yang rosak...
'Solar Power Controller' ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi setelah semua komponen di atas telah saya gantikan dengan yang baharu seperti boleh ditonton pada klip video di penghujung artikel ini.
Komponen rosak telah diganti...
Cara penyambungan 'solar power controller' ini ialah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Dua terminal di sebelah kiri disambung kepada panel solar, dua terminal di tengah disambung kepada bateri & dua terminal di sebelah kanan ialah untuk kegunaan peralatan elektrik. Pastikan terminal positif & negatif tidak disambung terbalik.
Lampu hijau menyala - 12.14v
Saya tidak pasti berapa voltan maksima yang mamapu ditangani oleh 'solar power controller' ini, yang pasti saya cuba dengan menggunakan voltan 12v sahaja.
Minggu lepas saya dirujuk sebuah decoder ASTRO NJOI model DMT890 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Decoder DMT890
Ini merupakan kali pertama saya dirujuk dekoder astro model ini dan pemilik pada awalnya memberitahu saya bahawa TVnya tidak mengeluarkan suara melalui telefon.
Model: DMT890
Namun beberapa hari selepas itu pemilik datang dengan membawa sebuah decoder astro meminta untuk dibaiki sebab tidak mengeluarkan suara.
Jika dibuka tiada warranty lagi...
Pemilik memberitahu saya bahawa dia telah membuat pemeriksaan dan masalahnya bukan pada TV namun decoder astro.
Pastikan sambungan betul ikut warna...
Dekoder tersebut kelihatan baru dan dipendekkan cerita, saya sambungkannya ke TV untuk diuji namun tiada masalah bisu seperti yang dikhabarkan oleh pemilik.
Kad ASTRO...
Jika decoder astro anda mempunyai masalah tidak mengeluarkan suara, berikut adalah beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk mencari punca masalahnya:-
Periksa kabel RCA (cabel dengan penyambung bewarna merah putih & kuning)
Periksa kabel HDMI (jika anda menggunakan HDMI)
Pastikan sambungan RCA betul mengikut warnanya (input pada TV dan output pada dekoder)
Testing...
Dekoder astro ini dikembalikan kepada pemilik tanpa dibaiki sebab tiada kerosakkan seperti yang dikhabarkan.
Semalam saya dirujuk sebuah 'pressure cooker' berjenama Noxxa, model PC335CA dengan masalah boleh dihidupkan namun nasi tidak masak sepenuhnya setelah tamat masa memasak.
Ini merupakan kali pertama saya diberitahu 'pressure cooker' boleh digunakan untuk memasak nasi. 6 butang yang dilabel pada panel ialah:-
High pressure
Low pressure
warm/reheat
slow cook
steam
stir-fry
Gambar di bawah menunjukkan komponen yang ada pada 'pressure cooker' ini setelah penutup bawah saya buka dan pemeriksaan pada elemen pemanas serta thermostat masih elok.
Saya juga periksa semua komponen yang ada pada papan litar (PCB) dan tidak menemui sebarang kerosakkan.
Seterusnya saya basuh beras dan masak nasi menggunakan 'low pressure' selama 5 minit. Untuk pengetahuan semua masalahnya ialah periuk ini berhenti memasak setelah kira-kira dua minit memasak.
Apabila saya buka dan periksa ketika masih panas, thermostat telah putus
dan cuma kembali bersambung setelah sejuk. Jadi, masalahnya ialah
thermostat 'cut-off' serta berhenti memasak selepas kira-kira dua minit
sahaja.
High pressure - 7 minit untuk masak nasi...
Apabila telah sejuk, saya tekan thermostat dengan jari dan mendapati
ianya terlalu sensitif. Apa yang saya lakukan ialah bengkokkan sedikit thermostat tersebut supaya sedikit jauh dan kurang sensitif.
Percaya atau tidak, masalah berhenti memasak setelah 2 minit sebelumnya selesai dan saya telah berjaya memasak nasi menggunakan 'pressure cooker' ini.
Dah masak...
Pemilik memberitahu saya cara memasak nasi menggunakan 'pressure cooker' ini ialah guna 'high pressure' dan masak selama 7 minit.
Tahun lepas (2021) sekali lagi saya telah menghadap komputer setiap hari dan menghasilkan satu artikel setiap hari.
Jumlah pengunjung sehingga 31/12/2021...
Dua tahun kebelakangan ini, artikel yang saya hasilkan adalah berkaitan dengan kerja-kerja membaiki peralatan elektrik/elektronik yang saya lalui setiap hari.
2021 - 365 artikel...
Kita juga menyaksikan wabak CoVid-19 melanda seluruh dunia dua tahun kebelakangan ini dan jalan penyelesaiannya ialah vaksin.
Top 10 post...
Saya berpandangan pandemik CoVid-19 kini telah tiba di penghujungnya dan akan masuk ke fasa endemik iaitu kita akan hidup bersama dengan virus CoVid-19.
Top 20 post...
Pagi ini saya ada menerima sekeping gambar menunjukkan perbandingan matawang negara kita dengan negara jiran iaitu Singapura/Brunei seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Wang yang saya dipaksa simpan (KWSP/EPF) ketika mula bekerja pada tahun 1991 dahulu kini nilainya telah hilang separuh. Kenapa perlu menabung jika nilai serta kuasa membeli tiada lagi apabila dikeluarkan sewaktu bersara? Fikir-fikirkan...