Monday, 8 June 2020

SIGMA Elevator OTIS50E-EE PSU repair

Sebelum ini pernah membaiki PSU (power supply unit) seperti ini dan anda boleh mambacanya di sini.
SIGMA elevator PSU
Pemilik memberitahu saya ianya rosak dan tidak boleh digunakan. Apablia saya mengujinya, ianya langsung tidak menghasilkan output dan lampu indikator berwarna hijau juga tidak menyala.
Model: OTIS50E-EE
Setelah dibuka, saya dapati bahawa PSU ini pernah saya baiki sebelum ini dan kapasitor 330uF, 50v telah saya ganti seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Komponen yang rosak...
Kali ini komponen yang rosak ialah kapasitor utama iaitu 270uF, 200v dan juga telah saya tandakan pada gambar di atas.
Keluarkan komponen yang rosak...
Kerosakkan kapasitor utama tersebut boleh dilihat dengan mata kasar seperti pada gambar di atas iaitu kembung dan bocor pada bahagian belakangnya.
Gantikan komponen yang baru...
Tiada komponen lain yang saya jumpai rosak dan setelah kapasitor utama tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, ianya telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan.
Testing...
PSU ini menghasilkan 5V, 15v & -15v seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di bawah dan harus diingat ianya menggunakan bekalan 110vac dan bukannya 240vac.
5v
Pastikan anda guna 110vac untuk menguji PSU tersebut dan pastikan juga semua outputnya betul iaitu 5v, 15v & -15v.
15v
Saya mendapatkan bekalan 110v dari "shaver socket" yang membekalkan 115/240v untuk menguji PSU tersebut. Ukur menggunakan multimeter dahulu untuk kepastian (110v) sebelum menyambungkannya kepada PSU.
-15v
Selamat mencuba...

Sunday, 7 June 2020

LG 29FU1RLX-T1 CRT TV repair

TV jenis CRT kini semakin pupus dan jarang yang masih berminat membaikinya lagi jika mengalami kerosakkan. Namun kadang-kadang masih ada yang meminta untuk dibaiki.
Jenama: LG, Model: 29FU1RLX-T1
Pemilik cuma memberitahu saya bahawa layar (skrin) tidak menyala dan apabila saya mengujinya, lampu 'standby' juga tidak menyala.
Papan litar setelah dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, saya menjumpai sebiji kapasitor ceramik didapati litar pintas seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
litar pintas pada kapasitor berlabel 221, 2kv
Kapasitor tersebut dilabel C408 pada papan litar dan nilainya ialah 220pF, 2kv atau dilabel 221, 2kv pada kapasitor dan berwarna biru.
C408 = 221, 2kv
Walaupun kapasitor tersebut kelihatan berwarna putih dan telah hangus, namun ianya sebenarnya litar pintas dan menyebabkan TV gagal dihidupkan.
Kapasator rosak dan baru...
Apabila kapasitor yang hangus tersebut saya keluarkan daripada papan litar, ianya telah hancur dan boleh dilihat seperti pada sebelah kiri gambar di atas.
221 = 220pF
Label pada kapasitor ialah 221 bermaksud 220pF dan bila diperiksa dengan menggunakan 'capacitance meter' bacaannya haruslah -/+220pF seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Gantikan kapasitor dengan yang baru...
Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan tiada kerosakkan komponen lain yang ditemui berdekatan, saya uji TV tersebut dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan.
Tested - ok
Mungkin ramai tidak berminat untuk membaiki TV jenis CRT lagi, namun saya berpendapat ianya berbaloi untuk dibaiki dan sangat tahan berbanding dengan TV sekarang iaitu jenis plasma, LCD, LED atau OLED.

Untuk pengetahuan semua, TV yang saya baiki ini telah berusia lebih 10 tahun dan saya yakin ianya masih boleh digunakan 10 tahun lagi.

Fikir-fikirkan & selamat mencuba...

Saturday, 6 June 2020

Baiki alat kawalan jauh SAMSUNG

Sebelum ini saya pernah membaiki alat kawalan jauh berjenama samsung untuk mengawal penghawa dingin dan anda boleh membacanya di sini.
Jenama: Samsung
Masalah alat kawalan jauh ini ialah langsung tidak dapat dihidupkan walaupun bateri telah ditukar dengan yang baru.
Setelah dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, perintang yang dilabel JP6 pada papan litar iaitu '000' pada perintang didapati putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Perintang JP6 putus...
Perintang yang berlabel 000 adalah fius dan nilainya ialah 0Ω (zero ohm).
Gantikan perintang JP6 = '000' dengan yang baru...
Perintang 0Ω biasanya dilabel '0', '00' '000' atau '0000'. Perbezaannya ialah dari segi saiz di mana '0000' lebih besar daripada '0'. Pastikan ianya ditukar dengan saiz, nilai dan nombor rujukan yang sama.
Testing...
Setelah perintang JP6 tersebut ditukar dan diuji, alat kawalan tersebut kembali berfungsi semula dan masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Friday, 5 June 2020

LG MS-192W microwave repair

Sebelum ini saya pernah membaiki ketuhar gelombang mikro (microwave) berjenama LG, Model: MS-192W dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
Jenama: LG, Model: MS-192W
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah boleh dihidupkan namun tidak panas. Setelah dibuka, komponen pertama yang didapati rosak ialah 'HV fuse' putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
HV fuse putus...
Jika 'HV fuse' putus, kita harus cari punyanya iaitu ada litar pintas pada HV diod, HV kapasitor atau magnetron.
Litar pintas pada magnetron...
Setelah bahagian HV diperiksa, akhirnya saya menjumpai litar pintas di antara terminal sambungan magnetron dan chassis. Jadi magnetron harus ditukar dengan yang baru. Cara-cara untuk mengenalpasti kerosakkan magnetron boleh anda baca di sini.
Testing...
Setelah kedua-dua komponen di atas yang rosak saya gantikan dengan yang baru dan diuji,  microwave tersebut telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday, 4 June 2020

Troubleshooting DIY 6v battery

Sebelum ini saya ada tunjukkan cara untuk berjimat membuat DIY 6v bateri dan anda boleh membacanya di sini.
DIY 6v bateri...
Saya ada menyiapkan kira-kira 50 biji DIY 6v bateri seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Bacaan kurang dari 6v, kenapa?
Dalam banyak-banyak yang saya DIY, ada sebiji yang tidak boleh digunakan. Apabila saya periksa voltan output seperti boleh dilihat pada gambar di atas, bacaannya cuma 4.5v sahaja dan bukan 6v.
Bateri yang elok bacaannya ialah 1.5v...
Secara amnya, voltan sebiji bateri biasa ialah 1.5v dan jika disambung secara bersiri, jumlah voltan seharusnya 6v.
Bateri bermasalah dengan bacaan negative...
Dipendekkan cerita, saya keluarkan keempat-empat bateri tersebut serta periksa satu per satu dan mendapati salah sebiji memberi bacaan negatif iaitu -0.243v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Jadi, saya tukar bateri yang rosak di atas dengan yang baru dan jumlah voltannya kini 6v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Tukar bateri rosak & tested - ok
Kadang-kadang dalam banyak-banyak bateri yang kita beli, ada yang tidak boleh digunakan dan ianya diklasifikasikan sebagai 'manufacturing defect'.

Anda cuma perlu periksa mengikut langkah-langkah yang saya tunjukkan seperti di atas tanpa perlu menukar kesemuanya.

Bateri yang rosak dan mempunyai bacaan negatif biasa dijumpai pada 'rechargable battery' lampu kecemasan yang rosak.

Selamat mencuba...

Wednesday, 3 June 2020

TOSHIBA AW-F820SM 7.2kg washing machine general servicing

Mesin basuh merupakan salah satu peralatan elektrik yang harus ada pada setiap rumah. Tahukah anda bahawa mesin basuh juga perlu diselengara?
Mesin basuh harus diselengara setelah kira-kira 3 hingga 5 tahun digunakan. Ikuti langkah-langkah berikut untuk proses menyelengara mesin basuh berjenama TOSHIBA, model: AW-F820SM.
Buka penutup bahagian atas...

Umpil penutup & buka skru 'pulsator'...

Keluarkan 'pulsator'...

Buka 4 biji skru di tengah...

Bahagian bawah 'pulsator'...

Setelah 'drum' dikeluarkan...

Kotor tak?

Cuci hingga bersih...

Dah bersih macam baru...
Setelah siap dibersihkan, jemur sehingga kering dan pasang kembali kesemua bahagian yang telah dibuka sebelumnya. Keseluruhan proses mengambil masa kira-kira 2 jam untuk disiapkan.
Siap & test run...
Selamat mencuba...

Tuesday, 2 June 2020

Baiki periuk nasi (rice cooker) PHILIPS HD4711

Sebelum ini saya pernah membaiki periuk nasi dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
Jenama: PHILIPS
Hari ini saya dirujuk sebuah periuk nasi berjenama PHILIPS, Model: HD4711 dengan masalah tidak boleh dihidupkan walaupun arus elektrik telah dibekalkan.
Model: HD4711
Komponen pertama yang saya periksa ialah fius pada plug 3-pin dan ianya masih elok. Jika tiada masalah pendawaian, buka bahagian bawah periuk nasi dan periksa satu per satu seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Setelah penutup bahagian bawah dibuka...
Terdapat dua elemen pemanas pada periuk nasi iaitu satu untuk memasak dan satu lagi untuk 'keep warm' seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
Periksa elemen pemanas...
Setelah diperiksa, kerosakkan periuk nasi tersebut ialah:-
  1. Thermal fuse putus (10A, 192C)
  2. wayar penyambung ke 'keep warm heating element' putus
Kedudukan 'thermal fuse'...
Gambar di atas menunjukkan lokasi 'thermal fuse' dan pastikan anda gantikan dengan nilai yang sama iaitu 10A, 192C seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Thermal fuse yang rosak - 10A, 192C
Gambar di bawah menunjukkan 'keep warm heating element' yang telah saya buka dan gantikan wayar yang putus dengan yang baharu.
Buka 'keep warm heating element'...
Pastikan anda guna wayar yang disalut dengan penebat haba seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Gantikan wayar yang putus dengan baru...
Setelah wayar telah siap ditukar dan dipasang kembali, periksa semula kedua-dua terminal wayar menggunakan multimeter untuk memastikan sambungannya elok.
825Ω (keep warm heating element)
Setelah 'thermal fuse' dan wayar yang putus saya gantikan dengan yang baru dan diuji, periuk nasi tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan.
Testing, Warm - ok
Pastikan lampu 'warm' menyala ketika arus elektrik dibekalkan dan lampu 'cook' menyala selepas suis memasak ditekan.
Testing, Cook - ok
Selamat mencuba...

Monday, 1 June 2020

Rumahku Syurgaku

Tempat tinggal merupakan salah satu keperluan asas utama yang harus ada untuk berteduh.

Jika binatang memerlukan sarangnya untuk berteduh, manusia memerlukan rumah untuk berteduh.
Rumah tempat aku dibesarkan...
Saya dibesarkan di kampung dan gambar di atas merupakan rumah yang dibina oleh ayahku kira-kira 40 tahun yang lalu dengan anggaran kos kira-kira RM5,000.00 ketika itu.

Walaupun telah 40 tahun berlalu, kini ianya masih belum dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air paip bersih. Pada mulanya kami menggunakan lampu pelita kerosine untuk menerangi waktu malam dan seterusnya dinaiktaraf kepada pengunaan generator untuk bekalan elektrik ketika waktu malam sahaja.

Air yang kami minum dan guna seharian diambil dari sungai Baram yang tidak jauh dari rumah kami. Kami mandi di tebingan sungai Baram dan kegiatan ekonomi kami ketika itu ialah berkebun. Tanah kebun seluas kira-kira 3.5 ekar ditanam dengan lebih 100 pohon limau manis dan sayur-sayuran untuk menyara kehidupan sekeluarga.
Ini rumah pertamaku...
Setelah zaman persekolahan tamat, saya memulakan hidup saya dengan bekerja sebagai guru sandaran dan menyewa untuk beberapa tahun sehingga tahun 1997, saya telah membeli rumah sendiri seperti boleh dilihat pada gambar di atas di Batu Niah.
Ini rumahku sekarang...
Seterusnya saya berpindah ke Miri pada tahun 2004 dan terpaksa menjual rumah pertama dan kemudian membeli rumah kedua seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Rumah pertama saya beli dengan harga RM110,000 dan membuat pinjaman bank sebanyak RM100,000 selama 15 tahun. Rumah tersebut kemudian saya jual dengan harga RM150,000.

Rumah kedua pula saya beli dengan harga RM155,000 pada ketika itu tanpa membuat sebarang pinjaman.

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana saya melangsaikan pinjaman rumah pertama dalam tempoh 7 tahun sahaja walaupun pinjaman dibuat untuk tempoh 15 tahun.

Setelah setahun bekerja sebagai guru sandaran, saya memulakan kerjaya di sebuah syarikat kewangan iaitu Hock Thai Finance Corporation Berhad sebagai juruwang (cashier).

Gaji bulanan saya pada mulanya hanya cukup untuk menyara kehidupan harian sahaja sehingga saya dinaikkan pangkat kepada pegawai pada tahun 1997.

Wang pendahuluan sebanyak RM10,000.00 pun tidak cukup dan terpaksa mengeluarkan akaun 2 KWSP. Setelah saya membeli rumah tersebut, saya terpaksa berjimat dan berhajat melangsaikannya secepat mungkin kerana faedah akan ditambah setiap bulan sehingga ianya langsai.

Kadar pinjaman perumahan untuk kakitangan hanya 4% sahaja ketika itu dan bayaran bulanan saya ialah RM740. Jika dibayar mengikut jadual saya harus membayar RM133,200 (740x12x15) untuk tempoh 15 tahun.

Apa yang saya lakukan ialah segala bonus tahunan serta imbuhan yang diterima, saya gunakan untuk membayar pinjaman perumahan dan akhirnya telah berjaya melangsaikannya pada tahun 2004.

Setelah itu saya telah berhenti bekerja di syarikat kewangan dan berpindah ke Miri. Saya terpaksa menjual rumah pertama dan membeli rumah kedua tanpa membuat pinjaman lagi.

Saya memegang prinsip untuk tidak berhutang dengan hidup serba sederhana sahaja. Jika keadaan terdesak, rumah boleh digadai kepada bank bila-bila masa untuk mendapatkan tunai jika diperlukan.

Ramai yang memilih untuk bergaya (nampak mewah) tetapi hakikatnya berhutang keliling pinggang. Bayangkan sekiranya anda kehilangan punca pendapatan satu hari kelak tanpa diduga, apa akan terjadi kepada hutang-hutang anda sedangkan kehidupan harian dalam masa yang sama juga harus diteruskan.

Pilihan di tangan anda sendiri dan adakah anda telah bersedia menempuhinya? Fikir-fikirkan...