Sebelum ini saya pernah membaiki dapur elektrik seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.
TEKA E/60 2P
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi dapur elektrik yang serupa dengan masalah salah satu pelaras suhunya telah rosak dan tidak dapat dihidupkan.
Pecah...
Apabila dibuka serta diperiksa, pelaras suis tersebut telah pecah dan sebahagiannya telah lebur seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Lebur...
Masalah yang saya hadapi kali ini ialah alat ganti baru yang saya guna sedikit berbeza seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Cara penyambungannya telah saya labelkan pada gambar di atas. Gambar di bawah menunjukkan ianya telah siap disambung dan dipasang kembali ke kedudukan asalnya.
Sebelum menguji dapur elektrik tersebut, ukur rintangan untuk setiap nombor pada pelarasnya di plug 3-pin dan anda seharusnya mendapat nilai rintangan yang berkurangan mengikut nombor secara konsisten seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di bawah.
402Ω - Nombor 1
Untuk kepastian, anda boleh bandingkan nilai rintangan pada kedua-dua pelaras tersebut. Pastikan bacaannya hampir sama mengikut nombor masing-masing.
314Ω - Nombor 2
218Ω - Nombor 3
97Ω - Nombor 4
66Ω - Nombor 5
41Ω - Nombor 6
Setelah berpuas hati, bekalkan arus eletrik dan uji dapur elektrik tersebut.
Semalam saya dirujuk sebuah amplifier berjenama BLAUPUNKT, Model: QUADRO dengan masalah salah satu channel output mengeluarkan suara yang sangat lemah dan kabur.
BLAUPUNKT QUADRO amplifier
Amplifier ini buatan Jerman dan ianya sangat popular pada tahun 80an serta banyak digunakan pada kereta BMW ketika itu.
BQA 107 7.607.583.510
Ia merupakan amplifier 4 channel dan memerlukan voltan 12v dengan kuasa output 100w (4 x 25w).
Output section
Gambar di atas dan di bawah merupakan cara penyambungan pada amplifier tersebut dan telah saya tandakan.
input section
Setelah dibuka dan diperiksa, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak namun saya mendapati 'GAIN ADJ' kadang-kadang tidak mengeluarkan suara apabila dilaras.
Bersihkan 'GAIN ADJ'...
Masalah sedemikian sering terjadi pada amplifier serta 'player' ketika itu (80an) dan puncanya ialah potentiometer tersebut kotor dan perlu dibersihkan. Apa yang anda perlu lakukan ialah sembur dengan menggunakan 'contact cleaner' ke dalam bahagian pelaras (potentiometer) tersebut.
Tested - ok
Masalah di atas selesai hanya dengan membersihkan potentiometer (GAIN ADJ) sahaja dan kesemua channel kini menghasilkan output yang seragam seperti biasa.
Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki mesin membuat sandwich (sandwich maker) berjenama KENWOOD, Model: SM650.
Jenama: KENWOOD
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah tidak dapat dihidupkan dan lampu indikator juga tidak menyala.
Model: SM650
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang ditemui rosak ialah:-
sebiji thermal fuse (10A, 240C)
sebiji lampu neon (hijau)
Buka penutup bahagian bawah...
Kedudukan thermal fuse telah saya tandakan pada gambar di atas dan cara memeriksanya adalah sama dengan fius biasa iaitu mesti ada 'continuity'.
Gantikan thermal fuse 10A, 240C...
Pastikan anda gantikan dengan nilai yang sama. Gambar di bawah pula menunjukkan lampu neon untuk indikator berwarna hijau yang telah saya gantikan dengan yang baru.
Gantikan lampu neon yang rosak...
Setelah komponen yang rosak telah diganti, periksa dengan multimeter dan anda seharusnya mendapatkan bacaan rintangan elemen pemanas pada plug 3-pin.
Cara untuk menentukan rintangan elemen pemanas ialah seperti berikut.
Kuasa (Power) seterika tersebut ialah 700w
Arus elektrik yang digunakan ialah 240v
(A) Guna formula P = IV untuk mencari nilai I (ampere)
700 = I(240)
I = 700/240 = 2.92A
(B) Guna formula V = IR untuk mendapatkan R (Rintangan)
240 = 2.92(R)
R = 240/2.92 = 82Ω
Testing - 85Ω
Jika anda tidak mendapat sebarang bacaaan seperti di atas, bermaksud masih ada kerosakkan yang belum ditemui. Alat pembuat sandwich tersebut telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan.
Sebelum ini saya pernah membaiki mesin encoder seperti ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
SAFLOK Model 4
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi encoder seperti ini dengan masalah berbeza iaitu kad yang di tarik masuk tak keluar-keluar dan kadang-kadang tidak menarik kad masuk kedalamnya.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya ialah pada sebiji roller getah yang telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah tertanggal. Gambar ketika getah roller tertanggal tidak saya perolehi dan ianya telah saya gam kembali ke kedudukan asalnya.
Roller getah telah digam kembali...
Biasanya anda selalu lihat saya melekat kembali barangan plastik dengan menggunakan 'super glue' namun jika ianya adalah getah, gam yang paling sesuai ialah seperti pada gambar di bawah.
Gam 'super glue' tidak sesuai untuk barangan getah disebabkan ianya akan
mengeraskan getah itu sendiri dan akan menjadikannya rapuh. Ia akan
pecah bila ditekan dan tidak flexible.
Guna gam ini...
Bahagian yang telah digam harus dibiarkan kering iaitu kira-kira sehari atau 24 jam sebelum boleh dipasang kembali dan digunakan.
Pagi ini saya dirujuk sebuah alat pemanas untuk meluruskan rambut yang tidak diketahui janamanya dengan nombor model HF-175 buatan China.
Hair straightener
Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah tidak dapat dihidupkan serta tidak panas. Sebelum ini saya juga pernah membaiki alat untuk meluruskan rambut seperti ini tetapi model yang berbeza dengan masalah yang sama dan kerosakkannya ialah wayar putus.
Model: HF-175
Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya juga adalah sama dengan yang pernah saya baiki sebelum ini iaitu wayar putus dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
wayar penyambung putus...
Saya potong bahagian yang disyaki putus dan ianya boleh dilihat pada gambar di bawah. Wayar neutral (N) putus dan wayar live (L) juga hampir putus.
Potong wayar yang putus...
Wayar yang putus saya sambung kembali serta dipateri supaya sambungannya kuat dan dibalut dengan pita wayar supaya kemas dan tiada litar pintas.
Sambung, pateri dan balut dengan pembalut wayar...
Bahagian luar sambungan saya bungkus dengan 'heat shrink tubing' supaya nampak kemas seperti baru dan boleh dilihat pada gambar di bawah.
Siap...
Setelah siap dibaiki dan diuji, ianya telah berjaya di selamatkan dan masih digunakan semula.
Tested - ok
Wayar putus seperti ini banyak berlaku pada alat pengering rambut (hair dryer) serta cerek elektrik. Sebabnya ialah kesilapan pengguna sendiri ketika menggulung wayar seperti pada gambar di bawah.
Cara yang salah menggulung wayar...
Elak daripada membengkokkan wayar secara berlebihan ketika menggulung wayar peralatan elektrik anda. Cara yang betul ialah wayar harus digulung secara bulat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Cara betul menggulung wayar...
Klip video di bawah saya rakam setelah ianya telah siap dibaiki serta diuji.
Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah alat pengcukur rambut berjenama Codos, Model: CHC-682 buatan korea.
Jenama: Codos
Pemilik memberitahu saya ianya boleh dihidupkan namun pergerakan pisau cukur perlahan dan tidak memotong rambut yang tebal serta kadang-kadang menarik rambut pelanggan.
Model: CHC-682
Benda pertama yang saya buka ialah pisau cukurnya dan mendapati banyak rambut yang melekat di dalamnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Buka 'blade'...
Saya bersihkan pisau cukur tersebut serta menguji semula alat pengcukur rambut tersebut dan pergerakkan pisau cukur tetap masih perlahan.
Setelah dibuka...
Kemudian saya buka alat pencukur rambut tersebut dan setelah diperiksa, tiada komponen yang didapati rosak. Voltan pada baterinya juga masih tinggi iaitu kira-kira 2.7v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
2.7vdc
Walaupun terdapat sedikit kebocoran kelihatan pada terminal +ve bateri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, namun baterinya masih elok dan saya bersihkan sahaja bahagian yang berkarat dengan menggunakan 'contact cleaner'.
Ada kebocoran pada terminal +ve bateri...
Alat pengcukur rambut ini dilengkapi dengan adapter (transformer) 2.4v, 800mA dan ianya juga masih elok bila saya periksa dengan menggunakan multimeter.
Adapter - 2.4v, 800mA
Memandangkan tiada kerosakkan ditemui pada bahagian dalam alat pengcukur rambut tersebut, saya pasang kembali dan bubuh minyak pada bahagian yang bergerak di pisau cukur tersebut.
Minyakkan mata pisau cukur...
Gunakan minyak yang cair seperti minyak mesin jahit dan boleh didapati
dengan mudah di kedai super save dengan harga RM2.99 sebotol.
Guna minyak mesin jahit...
Setelah diminyakkan pisau pengcukur tersebut dan diuji, kini alat
pengcukur rambut tersebut kembali berfungsi semula seperti biasa.
Tested - ok
Jika anda mengalami masalah sedemikian (pergerakan mata pisau perlahan), anda cuma perlu minyakkan mata pisau pengcukur rambut anda.