Showing posts sorted by date for query ds830na. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query ds830na. Sort by relevance Show all posts

Wednesday, 15 October 2025

Ganti lampu LED dekoder Astro DS830NA

Hari ini saya kongsikan sesuatu yang pernah saya lakukan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Lampu LED kiri hangus...

Masalah asal dekoder ini ialah reboot sendiri dan cara membaikinya telah banyak saya kongsikan sebelum ini. Dalam masa yang sama, saya juga mendapati sebiji lampu indikator tidak menyala serta terbakar.

Gantikan dengan LED biasa...

Lampu jenis SMD kecil ini hanya sekali guna sahaja dan ianya akan rosak jika cuba dibuka dari papan litar akibat panas melampau. Jadi, kena beli lampu LED baru, panaskan sehingga timah pada papan litar cair dan simpan lampu LED baru. Pastikan terminal anod & katod tidak terbalik pasang.

Siap...

Kali ini saya gantikan dengan lampu LED biasa berwarna kuning seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.

Testing...

Selama saya membaiki dekoder astro, banyak kes serupa ditemui namun saya abaikan sahaja sebab dekoder boleh berfungsi tanpa lampu indikator tersebut.

Tested - Ok

Selamat berDIY...  

Friday, 3 January 2025

Astro berbayar (DS830NA)

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder astro berbayar dengan masalah yang pernah dikongsikan sebelum ini seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Menurut pemilik, ianya gagal berfungsi jika bekalan elektrik baru dibekalkan namun boleh berfungsi setelah kira-kira 10 minit atau apabila dekoder telah  panas.

Selain daripada itu, masalah berikutnya ialah paparan pada skrin tv akan kaku dan indikator terpapar tulisan tidak lengkap setelah kira-kira 45 minit digunakan seperti boleh pada gambar di atas.

Dekoder boleh kembali berfungsi semula jika melakukan 'reboot' atau hanya dengan off/on bekalan elektrik sahaja dengan masalah sama berulang-ulang serta semakin kerap dari hari ke hari.

Testing...

Masalah selesai setelah dua-dua kapasitor rosak ditemui dengan label C2904 & C2910 pada papan litar.

Komponen yang rosak...

Setelah berjaya dibaiki, barulah saya tahu ianya adalah pakej astro berbayar sebab banyak saluran siaran boleh ditonton.

Saluran AEC yang dahulunya percuma untuk pelanggan NJOI di C346 telah lesap dan kini bertukar ke C306 dalam pakej berbayar.

C306 - AEC

Menurut pemilik, beliau membayar lebih RM200 sebulan namun bila mengadu dekoder rosak, pihak astro menyuruhnya membeli dekoder baru.

Tiada rekod di aplikasi MyNJOI...

Setahu saya jika dekoder rosak, pihak astro akan menukarkannya dengan percuma jika melanggan siaran atau pakej berbayar.

Apa pun, saya akan cuba baiki semua dekoder yang dirujuk kepada saya. Ini adalah dekoder pertama pakej berbayar saya baiki dan ianya digunakan di negara jiran iaitu Brunei.

Tuesday, 15 October 2024

Dekoder NJOI berkelip-kelip (DS830NA)

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder Astro NJOI dengan masalah boleh dihidupkan namun gagal proses 'testing' dan indikator padam selepas itu.

Sewaktu saya mengujinya, ianya boleh dihidupkan namun saya perasan indikator yang terpapar berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Setelah dihidupkan beberapa ketika indikator padam serta gagal berfungsi langsung. Ini merupakan pengalaman pertama dengan masalah sedemikian dirujuk kepada saya setakat ini.


Pemeriksaan awal pada papan litar tidak mendapati sebarang masalah pada bacaan voltan seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Seterusnya saya 'reheat' processor dengan menggunakan 'rework station' dan masalah di atas selesai serta kembali berfungsi semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Monday, 30 September 2024

Kapasitor kembung - Astro DS830NA

Masalah kerosakkan dekoder astro yang sering dirujuk kepada saya untuk dibaiki ialah gagal dihidupkan setelah dibekalkan arus elektrik.

Setelah penutup dibuka...

Kadang-kadang kerja mengenalpasti menjadi mudah jika kerosakkan boleh dilihat dengan mata kasar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor baru...

Apa yang perlu dilakukan ialah gantikan kapasitor yang kembung dengan yang baru dahulu dan uji. Jika boleh dihidupkan bermaksud masalah telah berjaya diselesaikan.

Perbezaan kapasitor kembung dengan normal...

Kadang-kadang setelah komponen rosak yang boleh dilihat dengan mata kasar diganti namun masih juga gagal berfungsi dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan.

Tested - ok

Dekoder ini berjaya diselamatkan dengan menggantikan komponen rosak yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja.

Selamat berDIY...

Tuesday, 13 August 2024

Masalah dekoder astro padam sendiri

Hari ini saya kongsikan satu masalah mudah pada dekoder astro model DS830NA yang sering dirujuk kepada saya untuk dibaiki.

Dekoder ini boleh berfungsi seperti biasa namun setelah beberapa ketika ia akan padam sendiri. Dekoder akan kembali berfungsi semula setelah dengan hanya putuskan bekalan elektrik kira-kira seminit dan bekalkan semula arus elektrik.

Bacaan 1.2v rendah...

Kadang-kadang ianya masih gagal berfungsi walaupun bekalan telah diputuskan beberapa minit. Pemeriksaan awal pada papan litar mendapati bekalan 1.2v tidak mencukupi seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan C2910 (470uf, 10v)

1.2v dibekalkan dari kapasitor berlabel C2910 (470uf, 10v) dan setelah diganti, dekoder kembali berfungsi semula namun masalah masih berulang.

Pelekat heatsink tanggal...

Pemeriksaan seterusnya mendapati heatsink pada processor longgar dan setelah dibuka saya dapati pelekat di bawahnya tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Lumurkan 'thermal paste' pada permukaan processor...

Jika sentuhan heatsink kepada komponen longgar, prosses membuang haba tidak baik dan boleh menyebabkan panas melampau (overheating).

Masalah sebegini boleh ditangani dengan melumurkan 'thermal paste' kepada permukaan yang bersentuhan.

Tested - ok

Masalah dekoder ini selesai setelah dengan hanya melumurkan 'thermal paste' pada permukaan yang bersentuhan dengan processor sahaja. Saya juga guna kembali kapasitor asal yang ditukar sebelumnya.

Selamat berDIY...

Saturday, 8 June 2024

Dekoder Astro padam bila dapat siaran

Hari ini saya kongsikan satu pengalaman baru dirujuk dekoder astro model DS830NA dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Dekoder akan padam setiap kali mendapat siaran. Pemeriksaan awal pada papan litar mendapati 1.2v tersangat rendah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bacaan 1.2v sangat rendah...

Setelah saya gantikan kapasitor yang membekalkan 1.2v iaitu C2910, masalah tetap sama. Seterusnya saya cuba gantikan kapasitor berdekatan iaitu C2904 (470uf, 16v) dan masalah selesai.

Gantikan kapasitor C2904...

Setelah dekoder diuji tanpa sebarang masalah lagi, saya gantikan kembali kapasitor asal C2910 dan ianya juga berfungsi tanpa masalah. Jadi masalahnya ialah pada kapasitor C2904 dan bukannya C2910.

Kapasitor C2904 telah diganti...

Saya tidak menemui sebarang masalah pada kapasitor C2904 yang telah diganti dengan menggunakan multimeter mahupun meter ESR namun kenapa bermasalah bila dipasang kepada papan litar?

60°C

Kemungkinan kapasitor hanya akan bermasalah apabila telah panas. Suhu heatsink pada dekoder dalam keadaan standby ialah kira-kira 50°C, mencecah 60°C sewaktu menonton siaran dan boleh mencecah hampir 70°C jika dalam keadaan tertutup.


Kadang-kadang kita tidak menemui punca kerosakkan dan terpaksa menggunakan kaedah cuba jaya (trial and error) seperti di atas.

Selamat berDIY...

Monday, 27 May 2024

Jam dekoder astro DS830NA rosak?

Masalah dekoder astro model DS830NA seperti boleh ditonton pada klip video di bawah pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Biasanya jika masalah serupa, komponen yang rosak juga lebih kurang serupa dan tidak perlu membuang masa lama untuk mengenalpasti komponen yang rosak.

Bacaan 1.8v sedikit tinggi...

Pemeriksaan menyeluruh mendapati hanya sebiji kapasitor sahaja yang rosak dan dilabel C2931 pada papan litar.

Gantikan kapasitor C2931 (470uf, 10v)

Masalah selesai setelah C2931 telah saya gantikan dengan yang baru dan kembali berfungsi semula.

Bacaan 1.8v - normal

Untuk pengetahuan semua, kapasitor yang rosak tersebut mempunyai bacaan kapasitan yang normal iaitu 470uf namun bacaan ESR melebihi 1Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bacaan kapasitan normal namun bacaan ESR tinggi...

Kerja mengenalpasti komponen rosak kadang-kadang memeningkan kepala berikutan semua bacaan normal namun tetap gagal berfungsi dan terpaksa menggunakan kaedah cuba jaya (trial and error).

Tested - ok

Klip video di bawah saya rakam sewaktu menguji dekoder setelah kapasitor C2931 telah ditukar.

Selamat berDIY...

Sunday, 21 April 2024

Astro DS830NA gagal dihidupkan

Saya telah banyak kongsikan pengalaman membaiki dekoder astro dan mungkin ramai juga telah berjaya DIY dengan berpandukan perkongsian di blog ini namun ada masalah yang memerlukan kepakaran  khusus.

Dihantar terburai...

Dekoder yang saya baiki kali ini dirujuk dari negara jiran, Brunei. Untuk pengetahuan semua dekoder ini dihantar terburai seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Heatsink pun dibuka...

Pemilik telah DIY sendiri serta mencuba semua yang telah saya kongsikan sebelum ini namun tidak berjaya. Menurut pemilik, masalahnya ialah gagal dihidupkan dan merupakan masalah yang paling banyak dirujuk kepada saya untuk dibaiki.

1.2v tiada bacaan...

Pemeriksaan awal mendapati tiada bacaan voltan 1.2v dan lokasinya telah saya labelkan pada gambar di atas.

Keluarkan PWM controller - U2900 (SC2608B)

1.2v tersebut dibekalkan dari sebiji PWM controller berlabel U2900 pada papan litar dengan nombor rujukan SC2608B.

Komponen rosak - SC2608B (PWM controller)

Selama saya membaiki dekoder astro, ini merupakan kali pertama kerosakkan yang melibatkan PWM controller.

Gantikan PWM controller baru...

Setelah PWM controller diganti dan diuji, bacaan 1.2v kembali normal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Dah ada bacaan 1.2v...

Dekoder ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula dengan hanya menggantikan sebiji komponen sahaja iaitu PWM controller.

Tested - ok

Selamat berDIY...

Friday, 22 March 2024

Astro decoder DS830NA - no power (PART 2)

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk dekoder astro model DS830NA dengan masalah sejagat iaitu gagal dihidupkan.

Tiada bacaan 1.8v pada inductor...

Pemeriksaan awal pada papan litar mendapati voltan 1.8v tiada seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Bekalan 1.8v dari Q2902

Voltan 1.8v dibekalkan dari sebiji komponen yang dilabel Q2902 dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Tiada info dari nombor rujukan...

Gambar di atas adalah komponen Q2902 yang telah saya keluarkan dari papan litar namun saya menghadapi masalah mengenalpastinya.

Q295C = Q2902 tapi nombor rujukan berlainan...

Komponen yang digunakan pada Q2902 adalah sama dengan Q295C dan setelah merujuk kepada dekoder lain, saya dapati nombor rujukan berbeza digunakan seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Jumpa sebiji dengan nombor rujukan D5KV...

Berpandukan nombor rujukan D5KV di atas, komponen tersebut ialah P-channel MOSFET dengan nombor rujukan AO6405.

P-channel MOSFET

Sebagai percubaan, saya telah gantikan Q2902 dengan komponen yang diambil dari dekoder lain yang gagal dibaiki.

Gantikan MOSFET...

Gambar di bawah menunjukkan bacaan 1.8v telah berjaya terhasil setelah Q2903 ditukar dan dekoder ini kembali berfungsi semula.

Tugas mengenalpasti komponen jenis SMD kini semakin mencabar berikutan tiada maklumat diperolehi daripada labelnya yang semakin ringkas sebab ruangan yang terhad.

Testing...

Selamat berDIY...

Saturday, 3 February 2024

DS830NA astro decoder - no power (PART 1)

Banyak dekoder astro model DS830NA seperi ini telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

5v tapi bacaan cuma 0.264v sahaja...

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru ditemui beberapa hari lalu apabila dirujuk dekoder serupa dengan masalah gagal dihidupkan. Pemeriksaan awal mendapati voltan 5v & 3.3v tidak cukup atau dikira tiada seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

3.3v tapi dapat bacaan 0.375v sahaja...

Pemeriksaan seterusnya mendapati sebiji komponen jenis SMD bermasalah sebab tidak menghasilkan 5v dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Komponen disyaki rosak...

Saya tidak pasti apa nombor rujukan komponen tersebut sebab apa yang tertera padanya tidak memadai untuk saya mencarinya dalam talian atau online.

Keluarkan komponen disyaki rosak...

Saya menemui sebiji komponen sama pada papan litar lama dan sebagai percubaan, saya telah gantikan komponen tersebut sahaja.

Gantikan komponen elok...

Percaya atau tidak, masalah tiada 5v & 3.3v selesai setelah komponen tersebut sahaja telah diganti serta diuji.

Checking - 5v

Gambar di atas dan di bawah adalah bacaan 5v & 3.3v telah kembali normal dan ianya berjaya diselamatkan.

Checking - 3.3v

Kerja membaiki peralatan elektrik kini semakin sukar dilakukan berikutan komponen yang disyaki rosak tidak diketahui dari label yang ada.

Tested - ok

Selamat berDIY...