Seperti tahun-tahun yang lalu, saya juga merayakannya tahun ini. Rindu pula dengan masakan arwah ibu yang telah meninggalkan kami hampir 3 tahun yang lalu. Namun sambutan tahun ini agak berbeza dengan sebelumnya disebabkan saya terpaksa menyediakan segala persiapan bersama adik saya. Dulu semua disediakan oleh ibu dan ayah, kami tunggu masa makan.
Segala persiapan dilakukan pada saat-saat akhir. Sehari suntuk saya terpaksa membersihkan rumah saya pada 21.1.2012. Barang-barang yang diperlukan dibeli pada malam itu juga iaitu selepas pukul 11:00 malam berikutan saya bertugas dari pukul 7:00 malam hingga 11:00 malam.
Bertuah juga rasanya tinggal di Miri disebabkan pada hari tersebut 'Bazzar Gong Xi Fa Cai' di buka 24 jam dan segala yang diperlukan ada di situ. Sampai di rumah dah pukul 1:00 pagi lepas tu tidur pukul 2 pagi. Bangun pula pukul 7 pagi, lepas tu sambung bersihkan rumah sehingga adik sampai pukul 2 petang. Maka bermula lah acara masak memasak sehingga pukul 6:00 petang.
Tiba-tiba terasa meriah pula rumah saya bila masa makan. Sejak hampir 7 tahun tinggal berseorangan, hari ini merupakan hari yang paling meriah di rumah saya. Biasanya rumah saya merupakan tempat persinggahan untuk beristirehat dan tidur sahaja bagaikan 'hotel'.
Segalanya berjalan dengan agak lancar walaupun persediaan dibuat pada saat-saat akhir. Kini rumah saya kembali sunyi sepi seperti sedia dulu. Memang terasa ada kekurangannya, semoga tahun depan disambut dengan suasana yang normal seperti kebanyakan.
Video klip bunga api di atas sempat saya rakam tengah malam tadi menandakan bermulanya hari pertama tahun baru cina.
Happy & Prosperous Chinese New Year to ALL. Gong Xi Fa Cai!
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.