Saturday, 14 January 2012

Kelapa Bakar

Baru sebentar tadi saya terlihat jiran sebelah rumah saya membakar dua biji kelapa di belakang rumahnya. Pada mulanya saya berpendapat kemungkinan air kelapa lebih berkhasiat atau lebih enak diminum setelah dibakar.

Saya diberitahu bahawa dia baru mendapat petua meminum air kelapa bakar ini ketika pulang bercuti di kampung halamannya di Sarikei pada cuti sekolah hujung tahun lepas.

Percaya atau tidak, katanya amalan meminum air kelapa bakar yang masih panas dan dicampurkan dengan madu boleh menurunkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kadar kolesterol dalam darah?

Pada pendapat saya selama ini, tekanan darah tinggi hanya boleh diturunkan dengan memakan ubat yang diberikan oleh doktor atau mengamalkan kehidupan sihat dengan bersenam. Begitu juga dengan kolesterol yang berlebihan.

Setakat ini jiran saya tidak dapat mengesahkan bahawa amalan ini telah dapat membantu masalah kolesterol serta tekanan darah tinggi beliau. Ini berikutan kelapa bakar yang sedang dibakar itu merupakan amalannya buat kali ke-dua.

Namun kepada mereka yang mempunyai masalah kolesterol serta tekanan darah tinggi yang tidak terkawal dan sentiasa lupa memakan ubat yang diberikan oleh doktor dan tiada masa bersenam (atau malas bersenam) boleh lah mencuba petua ini dan jangan lupa tinggalkan komen anda disini selepas mencubanya.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.