Wednesday 11 January 2012

Pembedahan “LASIK” (Laser-Assisted In Situ Keratomileusis)

Adakah anda seorang yang mempunyai masalah pengelihatan? Adakah anda telah bosan menggunakan cermin mata atau kanta sentuh? Tahukah anda bahawa anda boleh melihat tanpa bantuan cermin mata atau kanta sentuh dengan menjalani pembedahan mudah yang dinamakan “LASIK”?
Ramai yang tahu tetapi tak berani mencuba kerana takut kalau-kalau pembedahan gagal. Saya diberitahu bahawa pembedahan ini telah berada di Malaysia melebihi 10 tahun. Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika menjalani pembedahan tersebut.

Saya mula memerlukan bantuan cermin mata untuk melihat sejak di bangku sekolah rendah lagi (Darjah 3). Ketika pertama kali memakai cermin mata, ketebalan cermin mata saya ialah 350D setiap belah mata. Ketebalan cermin mata saya bertambah setiap tahun dan sebelum menjalani pembedahan, ketebalan cermin mata saya ialah kira-kira 1,000D setiap belah mata. Cuba bayangkan apa yang saya nampak tanpa cermin mata?

Saya pernah cuba menggunakan kanta sentuh. Masalah yang saya hadapi ketika menggunakan kanta sentuh ialah mata saya sentiasa kering, pening kepala dan yang paling teruk ialah saya memerlukan masa yang lama untuk melekatkan kanta sentuh ke kornea mata saya. Ini adalah disebabkan mata saya agak kecil. Doktor pakar mata juga menasihatkan saya bahawa pengunaan cermin mata adalah lebih baik daripada kanta sentuh bagi saya.

Banyak aktiviti lasak yang saya minat terpaksa saya lupakan sehingga enam tahun yang lepas ketika saya mengikuti pertandingan binabadan. Saya telah memecah rekod/tradisi sebagai ahli binabadan pertama yang memakai cermin mata ketika pertandingan. Saya tidak dapat melihat tanpa bantuan cermin mata saya. Sejak pertandingan tersebut, saya bertekad untuk melakukan pembedahan supaya boleh melihat tanpa bantuan cermin mata.

Saya menjalani pembedahan pada 5 Disember 2005. Setibanya saya di pusat pembedahan, mata saya diperiksa oleh pakar mata dan pemeriksaan dijalankan dengan teliti kira-kira 2 jam di sebelah pagi. Saya menjalani pembedahan di sebelah petang kira-kira pukul 3 petang. Saya diberitahu oleh doktor bahawa pembedahan dijalankan dalam keadaan sedar. Dalam ketakutan saya terpaksa beranikan diri menghadapinya demi minat terhadap sukan binabadan.

Ketika di dalam bilik pembedahan, saya tidak dapat melihat apa-apa kecuali mesin pembedahan. Doktor menasihatkan saya agar mendengar segala arahannya dan yang paling utama ialah jangan bergerak. Setelah selesai pembedahan mata kanan saya, saya begitu gembira dan lega sebab saya telah boleh melihat lampu di siling dengan mata kanan sahaja. Setelah kedua-dua belah mata selesai menjalani pembedahan, saya seakan-akan tak percaya bahawa saya boleh melihat tanpa cermin mata sejurus selepas pembedahan.

Percaya atau tidak, saya sendiri terkejut apabila melihat tapak tangan saya buat pertama kali setelah pembedahan. Tangan saya nampak lebih besar dari apa yang saya lihat sebelum ini. Ini disebabkan objek yang kita lihat adalah lebih kecil jika dengan bantuan cermin mata.

Keseluruhan proses pembedahan hanya memakan masa 30 minit sahaja. Kemudian saya dibawa ke bilik khas supaya berehat selama kira-kira sejam dan doktor memeriksa semula mata saya dan saya diminta balik semula menjalani pemeriksaan pada hari keesokkannya. Pemeriksaan susulan pula dibuat selepas seminggu, sebulan, 3 bulan dan 6 bulan.

Ketika menjalani pemeriksaan selepas 3 bulan, saya mulai tidak boleh melihat dengan jelas lagi. Pada mulanya saya amat tidak berpuas hati kerana telah membelanjakan kos pembedahan yang banyak tetapi masih perlu memakai cermin mata lagi. Atas nasihat doktor serta kakitangannya, saya membuat pembedahan kedua (enhancement) dan proses yang sama berulang. Kini saya membuat pemeriksaan mata setiap tahun dan setakat ini berpuas hati dengan pembedahan tersebut.

Untuk makluman, pembedahan kedua (enhancement) hanya diperlukan jika selepas pembedahan masih tidak boleh melihat dengan jelas dan “tiada kos tambahan” dikenakan. Saya juga diberitahu bahawa peluang pembedahan kedua (enhancement) adalah tinggi sekiranya memakai cermin mata yang mempunyai ketebelan 800D ke atas.

Sebelum pembedahan, saya memakai cermin mata selama kira-kira 25 tahun dan kini telah 6 tahun tanpa bantuan cermin mata. Saya boleh menikmati segala aktiviti yang saya minat dahulu seperti bersukan tanpa berfikir dua kali dan yang paling utama ialah boleh mengikuti pertandingan binabadan tanpa cermin mata.

Nasihat saya kepada sesiapa yang pernah terfikir untuk menjalani pembedahan ini supaya mendapatkan nasihat dari pakar mata sebab tidak semua orang sesuai menjalani pembedahan. Kini terdapat kaedah yang lebih baik untuk menangani masalah pengelihatan selain dari pembedahan yang telah saya jalani.
Sebelum & Selepas
TERIMA KASIH kepada doktor Yip serta kakitangan “OPTIMAX Eye Specialist Centre, KK branch” yang telah bertungkus-lumus melayan kerenah saya yang selalu memberikan masalah kepada mereka. Ingat-ingat lupa pula saya semua kakitangan yang telah melayan kerenah saya ketika itu, antaranya Breinda, Beth, Miss Lim….. maaf, nama dah lupa, kalau jumpa mungkin ingat lagi. Jangan ambil hati yah? Thanks for the great job!

“Bunga Selasih Terkulai Layu, Terima Kasih Thank You!”

4 comments:

  1. Excellent blog post. I absolutely love this website.
    Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, The story is about 14 years ago and for your information, i still need glassed at night due to short-sighted (-/+175D).

      There's no 'whole life warranty' as mentioned by them. I will update again after I visit them for further eyes examination.

      Delete
  2. My spouse and I absolutely love your blog and find many of your post's to be precisely what I'm looking for.
    can you offer guest writers to write content for you?
    I wouldn't mind composing a post or elaborating
    on a lot of the subjects you write related to here. Again, awesome web site!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for the compliment. Let me study first on how to open/appoint guest writers on blogspot. Cheers!

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.