Thursday, 11 July 2024

Mini Solar System

Baru-baru ini saya telah membeli satu set sistem solar untuk tujuan memahami, mendalami serta membuat kajian sendiri.

Mini solar system...

Secara amnya, komponen yang harus ada pada sistem solar ialah:-

  1. Panel solar
  2. Solar charge controller 
  3. Bateri
  4. Inverter
Skema...

Pakej sistem solar ini saya beli di dalam talian shopee dan dilengkapi dengan kesemua yang dinyatakan di atas kecuali bateri dengan harga RM138.10.

4000W?

Spesifikasi pakej ialah:-

  1. Panel solar - 25w
  2. Solar Charge Controller - 12v, 30A
  3. Inverter - peak power 4000w/rated power 300w

Bateri 12v, 7Ah
Saya menguji sistem solar ini dengan menggunakan sebiji bateri 12v, 7Ah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah seharian diuji, saya dapati panel solar perlu dipasang mendatar supaya mampu mengumpul tenaga yang maxima untuk disimpan dalam bateri.

Contoh terbaik ada di depan rumah saya seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Panel solar rumah sebelah kiri dipasang mendatar dan rumah sebelah kanan pula dipasang condong.

Kedua-dua lampu menyala setiap malam menggunakan tenaga bateri dan sama terang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Lampu pada rumah sebelah kanan telah malap sebelum subuh seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Ini disebabkan panel solar yang di pasang condong gagal menjana tenaga mencukupi untuk mengecas bateri untuk kegunaan lampu sepanjang malam.

Dari masa ke semasa saya akan kongsikan penemuan yang saya dapat dari sistem solar ini.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.